Bintang Utama Pertahanan Indonesia Makin Pulih Dari Kecederaan

Bintang pertahanan Indonesia iaitu Elkan Baggott dilaporkan sudah pun hampir pulih daripada siri kecederaan panjang yang terdahulu membantutkan seketika perjalanan kariernya pada tahun 2024.

Seperti diketahui, Baggott merupakan antara tonggak penting Sang Garuda dan telah banyak membantu pasukan tersebut meraih pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa.

Ketika ini, beliau dipinjamkan oleh Ipswich kepada Blackpool dalam saingan League One di England dan tidak begitu meninggalkan impak atas isu kecederaan dialami.

Kesan kecederaan di buku lali Baggott menyaksikan dirinya telah terlepas begitu banyak perlawanan di pentas antarabangsa termasuk siri Kelayakan Piala Dunia yang sedang diharungi Indonesia kini.

Walaupun begitu, ada perkhabaran terbaharu mengenai pemain tersebut apabila Baggott dilaporkan perlahan-lahan sedang berada dalam pemulihan untuk kembali sembuh daripada kecederaan.

Rekod musim ini jelas tidak begitu baik buat Baggott apabila beliau hanya tampil dalam empat perlawanan sahaja bersama Blackpool sebelum dihantui oleh isu kecederaan menerusi perkongsian Bola.com.

Empat penampilan itu juga menyaksikan Baggott tidak menampilkan aksi yang cukup menyakinkan selain hanya mengumpul satu kad kuning sahaja sewaktu berdepan Cambridge United.

Perkembangan pemain tinggi lampai tersebut di England kini juga dianggap sedikit tersekat selepas kecederaan melanda serta sudah tentu menyukarkan beliau untuk kembali bersama Ipswich Town di saingan English Premier League (EPL).

Selain Baggott, dua lagi pemain Blackpool musim ini iaitu CJ Hamilton dan Sonny Carey yang sebelum ini mengalami kecederaan juga dilaporkan hampir sembuh secara keseluruhan sebelum menjengah tahun 2025.

Rekod Baggott bersama skuad kebangsaan juga sedikit menyedihkan kini, apabila kali terakhir dirinya mewakili Indonesia pada aksi Piala Asia 2023 lalu menghadapi Australia di Qatar.

Selepas itu, dirinya tidak lagi dipanggil oleh Shin Tae-yong ekoran beberapa asbab serta dilanda kecederaan sehingga turut terlepas mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon Asia.

Para peminat Harimau Malaya sudah tentu mengenali Baggott selepas pemain ini menjadi antara penjaring gol ketika Indonesia menewaskan skuad kebangsaan menerusi keputusan 1-4 lalu di saingan AFF 2020.

Perkembangan positif Baggott daripada segi pemulihan daripada kecederaan sudah tentu menjadikan ianya khabar baik buat peminat Sang Garuda kerana beliau mampu menambah kekuatan semasa mereka di pentas antarabangsa.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN