Safawi Rasid ‘Redha’ Tak Beraksi Di Pentas Separuh Akhir Piala Malaysia 24/25

Tonggak sayap handalan Terengganu iaitu Safawi Rasid antara pemain yang dijangka tidak dapat beraksi pada aksi separuh akhir saingan Piala Malaysia 2024/2025 yang akan berlangsung pada 17 Januari hadapan.

Ini kerana, Sang Penyu bakal menghadapi cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir itu yang menyaksikan Safawi antara pemain tidak dibenarkan beraksi kerana terikat dengan perjanjian ‘gentlemen’s agreement’.

Safawi antara pemain yang menyertai Terengganu pada musim ini selepas beliau dipinjamkan oleh JDT selain seorang lagi rakan sepasukan iaitu Akhyar Rashid.

Jika diikutkan, Azam Azmi juga merupakan pemain pinjaman JDT yang kini sedang beraksi untuk Terengganu, namun menerusi laporan diterima pertahanan tersebut dibenarkan untuk beraksi kerana tidak terikat akan perjanjian tersebut.

Walaupun tidak dapat beraksi, Safawi percaya rakan sepasukannya yang lain mampu menggalas tanggungjawab untuk menghadapi cabaran daripada Harimau Selatan.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka andai pertemuan suku akhir kedua menentang Negeri Sembilan FC Sabtu lalu adalah penampilan terakhir saya bersama TFC dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

“Saya hormati kontrak yang dimeterai antara kedua-dua pengurusan yang tidak membenarkan saya bermain apabila berdepan JDT kerana status sebagai pemain pinjaman.

“Tetapi saya percaya dengan rakan sepasukan mereka mampu lakukan yang terbaik pada separuh akhir nanti, anda tidak tahu kesudahannya, jika ada rezeki mana tahu TFC layak ke final.

“Namun jika tersekat di separuh akhir, saya pasrah dengan ketentuan,” kata tonggak Harimau Malaya itu menerusi perkongsian telah dibuat oleh Berita Harian.

Musim ini menyaksikan Safawi menjadi pilihan utama kejurulatihan yang menggerakan sayap kanan pasukan tersebut serta turut mempamerkan aksi cukup positif.

Secara keseluruhan, Safawi telah pun meledak 10 gol serta dua bantuan jaringan daripada 23 penampilan termasuk pada aksi Asean Club Championship musim ini.

Untuk aksi Piala Malaysia sahaja pemain tersebut telah pun merekodkan dua gol daripada tiga penampilan untuk menyaksikan Terengganu bakal merasai kehilangan Safawi pada aksi akan datang.

Kualiti gelecekan serta kepakaran sepakan percuma beliau jelas banyak membantu Terengganu pada saingan musim ini untuk mendapatkan gol dan Badrul Afzan Razali sudah tentu perlu memikirkan banyak perkara untuk mendapatkan pengganti Safawi.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN