Senarai 8 Calon Pemain Warisan Paling Berkualiti Buat Malaysia

Malaysia dilaporkan kini bakal mengalami perubahan dalam dunia bola sepak, apabila skuad kebangsaan bakal dibarisi dengan lebih ramai tonggak pemain warisan pada masa hadapan.

Seperti dilaporkan beberapa media tempatan sebelum ini, Malaysia sebenarnya memiliki ramai pemain warisan yang bertebaran di seluruh dunia bersama rekod tersendiri untuk cuba dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Tatkala Harimau Malaya masih dilihat serba ketinggalan di pentas antarabangsa, kehadiran pemain-pemain warisan itu mungkin sedikit sebanyak mampu menaikkan kembali momentum bola sepak kita menjadi lebih baik.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro terdahulu, mereka menyenaraikan lapan pemain warisan yang dianggap cukup berkualiti untuk membarisi skuad Harimau Malaya.

Josh Brownhill

Bintang bola sepak Burnley ini memiliki reputasi cukup tinggi di England bagi saingan Championship musim 2024/2025 menerusi impak diberikannya bersama kelab tersebut selaku pemain tengah dan kapten pasukan berkenaan.

Kiernan Dewsbury-Halls

Seorang lagi pemain tengah berkualiti yang kini aktif beraksi untuk Chelsea dalam saingan English Premier League dan dirinya memiliki keupayaan cukup baik daripada segi kawalan bola dan ketenangan mengawal tempo permainan.

Tyrhys Dolan

Pemain sayap kanan lincah ini turut beraksi di England bersama Blackburn dalam saingan Championship musim 2024/2025 dan telah pun merekodkan dua gol bersama dua bantuan jaringan daripada 19 penampilan.

Marcus Tavernier

Tonggak utama Bournemouth itu antara nama yang sering dikaitkan bersama Malaysia dan beliau beraksi selaku pemain sayap kiri serta turut merekodkan beberapa gol serta bantuan jaringan buat kelab berkenaan.

Milan van Ewijk

Bekas pemain kebangsaan bawah 21 Belanda ini antara dilaporkan bakal menyertai skuad kebangsaan dan kini beraksi untuk Coventry selaku pertahanan kanan dengan satu gol serta bantuan jaringan dicatat tonggak tersebut.

Zian Flemming

Rakan sepasukan Brownhill di Burnley dan bertindak selaku penyerang utama kepada pasukan berkenaan dengan menampilkan kualiti cukup bagus untuk membantu siri serangan Malaysia.

Jamie Shackleton

Pertahanan kanan kental Sheffield United ini pernah mewakili skuad kebangsaan England B-20 suatu ketika dan setakat ini menjadi antara pilihan utama pasukan berkenaan dalam saingan Championship.

Iggy Houben

Pemain kelahiran Belanda berusia 19 tahun yang kini aktif beraksi dalam saingan sana selaku pemain sayap kanan dan aksi ditampilkan Houben setakat ini juga sangat menyakinkan.

Pada pandangan anda, adakah lapan pemain ini bakal menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada masa akan datang, atau ada lagi tonggak lain akan diperkenalkan?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN