Penyerang muda Harimau Malaya iaitu Fergus Tierney dilaporkan kini bakal menyertai salah satu kelab di saingan Thai League 1 setelah ia kini heboh diperkatakan menerusi media sosial Facebook.
Terdahulu, Fergus ditamatkan kontrak secara pinjaman bersama Chonburi FC di saingan divisyen kedua Thailand secara serta merta atas beberapa isu dan itu menyaksikan beliau bakal kembali ke Liga Malaysia (Liga M).
Namun, rezeki buat bintang muda Harimau Malaya tersebut di luar negara masih terbuka apabila Nakhon Pathom United dilaporkan berminat untuk menandatangani khidmat Fergus.
Menerusi perkongsian Think Curve di Facebook, khidmat Fergus diperlukan selepas pasukan itu mengalami krisis di posisi serangan sehingga menyaksikan prestasi semasa mereka sangat teruk selepas mengharungi 15 perlawanan domestik.
🚨 Thai League 1 club Nakhonpathom FC keens to sign Malaysian-Scottish forward Fergus Tierney! 🇲🇾🏴⚽
Tierney recently ended his loan spell with Chonburi FC after prioritizing national duty with Malaysia in the ASEAN Cup, despite Chonburi still competing in the Thai League 2… pic.twitter.com/QeTcY8Owj1
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) December 23, 2024
“Nakhon Pathom United berhadapan dengan masalah di posisi serangan pada pusingan awal saingan Thai League musim ini. Hasilnya, mereka tergelincir di tangga penyingkiran Thai League ketika ini
“Itu menyebabkan Thongchai Sukokki selaju jurularih utama menyatakan beliau perlu khidmat penyerang baharu pada pusingan kedua liga untuk atasi krisis tersebut.
“Penyerang baharu dikatakan itu adalah Fergus Tieeney yang sebelum ini ditamatkan kontraknya bersama Chonburi FC dengan lebih awal.
“Penyerang muda berusia 21 tahun itu bakal menyertai kelab tersebut dengan memegang status import daru Asia Tenggara bersama Nakhon Pathom.
“Dia akan hadir dalam usaha bersama untuk mengurangkan beban dua penyerang terdahulu iaitu Valdomiro Suarez serta Taku Ito,” jelas laman berkenaan.
Rekod semasa menyaksikan Nakhon Pathom berada di tangga ke-15 daripada 16 pasukan bertanding dengan hanya meraih dua kemenangan sahaja selain tiga kali seri serta 10 kekalahan.
Fergus Tierney, welcome to #MitsubishiElectricCup 🫡#ASEANUtdFC pic.twitter.com/hB5cHjGEJY
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) December 8, 2024
Malah, mereka hanya mampu meledak 13 gol sahaja untuk menjadi pasukan kedua dengan rekod jaringan terburuk selain Khon Kaen United (6 gol) secara keseluruhan.
Kehadiran Fergus dianggap mampu untuk sekurangnya meringankan beban pasukan itu di posisi serangan jika kita lihat kembali akan kualiti dipersembahkan bintang muda itu di pentas Asean Championship baru ini bersama Malaysia.
Apapun, masih tiada perkhabaran secara rasmi dan kami berharap supaya Fergus mampu untuk terus mengharumkan nama negara di luar sana selain menjadi inspirasi kepada tunas-tunas muda lain.