Pengendali JDT Bimbang Corak Permainan Agresif KL City

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Hector Bidoglio mengambil pendekatan berwaspada sebelum mengharungi aksi kedua suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 berdepan cabaran Kuala Lumpur City (KL City).

Terdahulu, JDT berjaya mencipta kemenangan tipis 2-1 ketika aksi berlangsung di Cheras bersama aksi cukup sengit ditampilkan oleh kedua pasukan tersebut.

Walaupun tewas, jaringan daripada Brendan Gan dilihat sedikit sebanyak berjaya memberi suatu harapan buat KL City untuk kembali mencipta kebangkitan pada perlawanan hari ini di gelanggang lawan.

Atas kertas, sudah tentu kelebihan jelas menjadi milik JDT yang beraksi di halaman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, dengan dijangka ribuan peminat akan hadir memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

Malah kualiti pemain juga jelas memihak kepada Harimau Selatan jika dibandingkan oleh KL City termasuk beberapa import berkualiti tinggi untuk dibawa turun.

Walaupun begitu, Bidoglio tetap mengambil sikap berwaspada kerana beliau membayangkan pasukan pelawat pastinya tidak akan berdiam diri sahaja untuk aksi tersebut.

“Saingan Piala Malaysia amat penting bagi kami dan beraksi di laman sendiri bakal beri kelebihan buat JDT dan saya tidak nafikan KL City FC pasukan yang sukar ditewaskan.

“Malah seperti yang saya katakan saingan Liga Super dan Piala Malaysia amat berbeza kerana piala berprestij itu ada aura tersendiri.

“Apa pun, kami akan pamerkan aksi terbaik baik memburu kemenangan yang lebih selesa kerana kedudukan 2-1 ketika ini belum selamat buat JDT malah perlu lebih waspada dengan corak permainan lawan pada perlawanan itu nanti.

“Kami perlu tampil dengan corak permainan yang lebih dinamik dan berintensiti tinggi malah setiap pemain yang bakal diturunkan dalam perlawanan itu nanti harus memberi fokus sepenuhnya dan tidak mengambil sikap sambil lewa dan menganggap sudah selesa dengan kemenangan aksi pertama,” kata Bidoglio menerusi perkongsian Berita Harian.

Pada masa sama, Bidoglio tidak menafikan KL City juga bakal hadir dengan corak permainan bertahan dan mengharapkan serangan balas untuk mendapatkan jaringan.

“Tidak dinafikan kami memiliki banyak peluang menjaringkan gol menerusi gerakan `set-piece’ dan situasi itu harus diperbaiki kerana peluang sedemikian tidak boleh dilepaskan malah pemain kena peka dan ambil peluang untuk cipta jaringan.

“Saya jangkakan KL City akan beraksi secara bertahan dan bertindak menerusi serang balas dan kami tidak boleh leka malah sentiasa berhati-hati dengan corak taktikal pasukan lawan dan tidak terperangkap dengan helah mereka,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN