Pau Marti Pertikai Tindakan FAM Perkenal Jurulatih Baharu Malaysia

Pengendali utama Malaysia iaitu Pau Marti Vicente tampil bersama perasaan kurang senang melihat tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan jurulatih baharu negara, Peter Cklamovski.

Terdahulu, Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain secara rasminya kini diumumkan selaku jurulatih baharu Harimau Malaya selepas revolusi baharu dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memantapkan lagi skuad kebangsaan pada masa hadapan.

Untuk Cklamovski, beliau bersama staf kejurulatihannya akan mengendalikan skuad senior Harimau Malaya yang akan berjuang pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 akan datang.

Sementara Nafuzi pula bakal menguruskan skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan untuk persediaan kempen Kejuaraan B-23 ASEAN 2025, Kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan Sukan SEA 2025 di Thailand.

“Fasiliti pengurusan dan pasukan perubatan akan ditambah baik dan bakal menerima nafas yang baharu di bawah penstrukturan semula FAM.

“Ini adalah sebahagian insiatif-inisiatif serta perubahan bagi melaksanakan struktur organisasi baharu untuk Harimau Malaya.

“Justeru, FAM pada hari ini mengumumkan secara rasmi nama dua individu penting yang akan menerajui struktur organisasi baharu skuad Harimau Malaya sebagai permulaan kepada revolusi untuk memperkasakan skuad bola sepak kebangsaan.

“Mereka terdiri daripada Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih kebangsaan dan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan,” jelas kenyataan tersebut lalu.

Walaupun begitu, tindakan tersebut dianggap kurang senang oleh Pau Marti yang menyifatkan ianya kini tidak memberi sebarang manfaat buat Harimau Malaya.

“Saya tidak nampak apa-apa manfaat mengumumkan jurulatih baharu ketika kami masih berada di sini,” kata jurulatih dari Sepanyol itu menerusi perkongsian dibuat oleh Sinar Harian.

Pada masa sama, Pau Marti enggan memikirkan perkara tersebut dengan lebih lanjut sambil ingin memberi fokus penuh kepada pasukan kebangsaan kini di pentas Asean Championship 2024.

“Kami tidak boleh mengawal perkara ini. Apa yang boleh kami lakukan adalah berlatih dan tunjukkan di atas padang. Ini yang kami akan fokus dan pastikan pemain bersedia untuk menghadapi Singapura.

“Kerana, jika kami menghabiskan banyak masa memikirkan mengenai perkara tidak sepatutnya, ia tidak memberikan manfaat,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN