FAM Puji Prestasi Pengadil & VAR Bagi Aksi Sri Pahang-JDT

Datuk Sivasundaram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan prestasi diberikan oleh pengadil serta Video Assistant Referee (VAR) sebagai sangat baik ketika aksi membabitkan Sri Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Terdahulu, beberapa pertikaian muncul di media sosial termasuk dari kem Sri Pahang sendiri yang seolah tidak berpuas hati akan mutu pengadilan membabitkan aksi tersebut sepanjang ia berlangsung.

Malah, salah satu tindakan dianggap kontroversi oleh pengadil bertugas ketika itu ialah memberi sepakan penalti kepada JDT selepas ada kekasaran dikatakan berlaku membabitkan pertahanan Tok Gajah kepada Arif Aiman pada penghujung aksi.

Walaupun begitu, Dato’ S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM menganggap keputusan dibuat pengadil bertugas tepat serta dibuat berpandukan Undang-undang Permainan FIFA dan Protokol VAR.

“Laporan Penilai Pengadil menunjukkan bahawa Pengadil dan Pengadil VAR telah menunjukkan satu prestasi yang amat baik dalam perlawanan tersebut.

“Keputusan untuk pemberian sepakan penalti pada minit 90’+4 dan layangan tiga kad kuning dalam perlawanan tersebut adalah tepat dan dibuat berpandukan Undang-undang Permainan FIFA dan Protokol VAR.

“Unit Pengadil FAM juga telah membuat analisa menyeluruh berkaitan dengan perlawanan tersebut dan mendapati Pengadil dan Pengadil VAR telah menunjukkan satu prestasi yang cemerlang,” kata beliau.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan pihak FAM turut menyediakan program-program pemurnian dan pemulihan untuk pengadil-pengadil Liga Malaysia demi memastikan kualiti kepengadilan di negara ini sentiasa diperbaiki.

“Antara program-program tersebut ialah ‘Pre-match Debriefing’, ‘Post Match Debriefing’, ‘Match analysis’ dan ‘ Refresher Course’ yang mana ia dibuat setanding dengan penanda aras yang ditetapkan oleh AFC dan FIFA,” jelasnya lagi.

Ulas Sivasundaram lagi, FAM bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) turut menjalankan Tambah Dato’ Sivasundaram, FAM dan MFL telah menjalankan “road-show” iaitu Taklimat Undang-undang Perlawanan dan VAR Protokol untuk ke semua pasukan yang bertanding di Liga Malaysia 2024-2025.

“Ia dijalankan dengan objektif untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang pengendalian dan penggunaan teknologi VAR dalam Liga Malaysia 2024-2025.

“Setakat ini sebanyak 141 perlawanan telah dilangsungkan yang menggunakan teknologi VAR . Situasi ini seharusnya telah memberi ruang yang baik bagi setiap pasukan yang terlibat dalam Liga Malaysia untuk memahami protokol VAR,” tambah Sivasundaram.

Selain itu, Sivasundaram juga mengingatkan bahawa FAM sedia memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada mana-mana pasukan yang ingin mengetahui berhubung dengan penggunaan teknologi VAR dan Protokol di Liga Malaysia 2024-2025.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN