Milos Gordic Sedia Pertahan Maruah Kedah Walau Tanpa Gaji

Penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic menyatakan beliau sedia untuk terus mempertahankan maruah kelab pada aksi suku akhir pertama MFL Challenge Cup musim ini walaupun pasukan itu dilanda pelbagai masalah.

Terdahulu, Kedah bakal menghadapi saingan suku akhir pertama pada hari ini dengan pertemuan menentang Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) di halaman sendiri.

Walaupun lawan dianggap tidak sukar untuk Kedah hadapi selain faktor beraksi di halaman sendiri iaitu Stadium Darul Aman (SDA), pasukan tersebut tetap berwaspada akan ancaman pelawat.

Apatah lagi Sang Kenari sendiri memiliki isu dalaman yang masih belum diselesaikan dan itu dianggap mampu mengganggu fokus utama persiapan mereka pada aksi hari ini.

Selepas kehilangan beberapa pemain utama pada musim ini yang berhijrah menyertai pasukan baharu, sandaran utama diletakkan kepada mereka yang masih kekal sahaja bawah kendalian Victor Andrag.

Malah, pertaruhan utama dijangka bakal diletakkan kepada Milos Gordic selaku penyerang Kedah setelah pasukan itu kehilangan beberapa pemain pada posisi tersebut untuk mendapatkan gol.

Walaupun menghadapi pelbagai kemelut, Gordic masih bersemangat untuk menampilkan aksi terbaik walaupun beliau antara mangsa yang masih tertunggak daripada segi gaji selama berbulan-bulan.

Jelas pemain dari Serbia itu, segala rasa kecewa mengenai kemelut dalaman tersebut terpaksa diketepikan seketika kerana beliau bersama rakan sepasukan tekad ingin menjaga maruah pasukan.

“Jika anda mahu saya mengatakan sesuatu tentang permainan ini, anda semua sudah tahu tentang situasi yang kami sedang hadapi dimana kami telah lama tidak mempunyai penaja baharu dan isu gaji kami yang mana ianya bertambah sukar selepas ketua jurulatih dan kapten meninggalkan pasukan.

“Namun aksi dalam bola sepak perlu diteruskan dan Kedah harus berjuang untuk masa depan dan maruahnya seperti juga kami sebagai pemain KDA FC.

“Saya akan bermain dengan aksi seratus peratus dalam cabaran Challenge Cup ini dan saya harap semua pemain akan melakukan yang terbaik untuk menggembirakan peminat setia kami dengan keputusan kemenangan keatas KL Rovers,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Musim ini menyaksikan Milos bukanlah berada pada tahap terbaik selaku penyerang import Kedah, tetapi usaha beliau berterusan menjadikan dirinya mula menerima beberapa pujian peminat.

Sudah tentu Milos sendiri ingin meledak gol pada aksi hari ini, untuk sekurangnya memberi semangat buat beliau serta menggembirakan peminat di SDA selain membantu Kedah meraih kejayaan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN