3 Kelemahan Malaysia Perlu Diatasi Sebelum Hadapi Timor Leste

Malaysia secara rasminya telah pun menamatkan aksi pertama mereka dalam saingan Asean Championship 2024 menerusi keputusan seri ketika bertemu Kemboja beberapa hari lalu.

Pada aksi itu, skuad kendalian Pau Marti Vicente telah pun terikat seri 2-2 sewaktu menghadapi cabaran Kemboja di Phnom Penh bersama aksi tidak begitu menyakinkan.

Tanpa kelibat ramai pemain utama negarq, Pau Marti tampil mencipta sedikit rombakan dalam kesebelasan utama termasuk meletakkan bintang Kuching City, Jimmy Raymon selaku pertahanan kanan.

Awal permainan jelas dapat dilihat skuad kebangsaan menghadapi pelbagai masalah untuk mengekang lawan biarpun meraih satu gol di separuh masa pertama menerusi ledakan Stuart Wilkin.

Walaupun ada beberapa perubahan di separuh masa kedua, ianya jelas masih belum cukup buat Harimau Malaya untuk mengesahkan tiga mata pertama mereka pada kejohanan tersebut.

Menerusi pemerhatian kami, Malaysia mempunyai tiga masalah yang perlu diperbaiki walaupun lawan seterusnya cuma Timor Leste bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak diingini.

Persefahaman sesama rakan pasukan

Isu persefahaman jelas dapat dilihat pada aksi tersebut, apabila Malaysia sering membuat beberapa kesilapan mudah daripada segi hantaran, kedudukan setiap pemain, serta komunikasi di atas padang.

Kesilapan-kesilapan itu menyaksikan kadangkala lawan mudah mengeksploitasinya dan membentuk ancaman berbahaya kepada kubu pertahanan negara.

Posisi tengah dan serangan antara paling kerap membuat kesilapan tersebut dengan masing-masing seolah mengenali antara satu sama lain di atas padang tanpa komunikasi lebih kukuh.

Kreativiti serangan

Daripada segi kreativiti, Malaysia menghadapi masalah cukup besar untuk menangani disiplin pertahanan Kemboja yang begitu tersusun sepanjang aksi berlangsung.

Kelibat Stuart Wilkin bersama Endrick dos Santos dilihat kurang berkesan untuk menjana serangan berbahaya serta tidak begitu banyak umpanan berkualiti dilakukan.

Kebergantungan mereka kepada gerakan individu juga sangat terserlah pada babak separuh masa pertama sehingga ia memudahkan tugas pertahanan Kemboja untuk menyerap tekanan pelawat.

Pemilihan terbaik kesebelasan utama

Pau Marti mungkin perlu memikirkan kembali kesebelasan utama terbaik dan berkesan pada aksi akan datang jika dilihat pada prestasi perlawanan lalu.

Kemungkinan besar Paulo Josue mungkin perlu direhatkan seketika dalam kesebelasan utama atau kembali meletakkan pemain naturalisasi dari Brazil itu selaku pemain tengah serangan.

Ketajaman Fergus Tierney sudah pun terbukti dan pemain itu dilihat bersedia untuk dibawa turun selaku kesebelasan utama sebagai penyerang setelah ia dibuktikan pada perlawanan lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN