Serangan Harimau Malaya Bakal Berwajah Baharu Pada Musim Seterusnya?

Perubahan dijangka berlaku buat skuad Harimau Malaya pada saingan musim akan datang, selepas berkemungkinan dua lagi pemain naturalisasi serangan dijangka bakal didaftarkan.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo dijangka bakal menjadi pemain naturalisasi Malaysia seterusnya untuk jangka masa pendek serta panjang.

Reputasi kedua pemain ini tidak boleh dipertikaikan lagi selepas impak positif telah diberikan mereka sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa musim lalu.

Seperti diketahui, posisi serangan negara antara masih menjadi isu utama dalam kalangan peminat atau pemerhati tempatan yang kurang berpuas hati daripada segi penyudah serta kreativiti walaupun sudah bertukar kejurulatihan.

Konsistensi ditampilkan oleh siri serangan Harimau Malaya kini dianggap masih perlu diperbaiki secara keseluruhan jika mereka mahu melangkah lebih jauh pada masa hadapan.

Melihat kepada pelan jangka masa pendek, proses menggunakan pemain naturalisasi dianggap cukup ideal kini dengan nama Bergson dan Hidalgo antara cadangan paling bersesuaian buat Malaysia.

Menurut Wan Jamak Wan Hassan selaku jurulatih berpengalaman terdahulu, beliau tidak melihat sebarang isu buat Bergson untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa hadapan jika pemain itu mampu menjaga tahap kecergasan serta berupaya beraksi di peringkat kompetitif untuk tempoh beberapa tahun mendatang.

“Saya rasa kita perlu lihat macam mana dia punya peningkatan (kecergasan) dari segi umur dan kaedah latihan yang dilalui.

“Kadang-kadang bila dalam peringkat umur dia (memasuki 30 tahun ke atas), kekuatan fizikal, kecergasan dan beberapa aspek lain itu akan memberi kesan kepada gaya permainan pemain itu sendiri.

“Pada saya, pemain import ini (Bergson) perlu pandai kesihatan dan kecergasan. Jadi, itu akan membantu kekalkan tahap permainan dia dan kalau pun kita ambil pemain muda tapi permainan dia tidak sampai ke tahap sepatutnya, susah juga.

“Sebab itu pengalaman amat penting pada peringkat tertinggi ini (perlawanan antarabangsa).

“Kita perlu lihat pemain itu bermain dengan kelab mana sebelum ini dan kita tahu JDT mempunyai kelengkapan (fasiliti) yang cukup baik daripada semua aspek termasuk boleh memendekkan masa kecederaan selain mereka amat mementingkan tahap kecergasan setiap pemain,” kata beliau menerusi perkongsian Harian Metro.

Ketika ini, posisi serangan negara diisi oleh dua pemain naturalisasi iaitu Romel Morales serta kapten Kuala Lumpur City (KL City) Paulo Josue dengan selebihnya dihuni oleh tonggak tempatan.

Selain menanti Bergson dan Hidalgo, Malaysia juga memiliki beberapa calon pemain warisan yang beraksi di posisi serangan untuk diperkenalkan pada masa hadapan.

Antara yang dijangka bakal menyarung jersi Harimau Malaya sudah tentu terarah kepada Joshua Brownhill yang menjadi tunjang utama. Burnley di England serta pengalaman beliau mampu meningkatkan kreativiti serangan negara.

Selebihnya, jurulatih akar umbi perlu terus berusaha untuk melahirkan pelapis-pelapis baharu serangan negara dengan keadaan terkini hanya Arif Aiman Hanapi serta Fergus Tierney sahaja dilihat sebagai warisan tempatan berkualiti Malaysia di posisi serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN