Shahril Mokhtar Impi Jawatan Selaku Presiden Baharu FAM

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar dilaporkan sedia menjadi calon untuk bertanding selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terdahulu, Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin tampil dengan kejutan apabila beliau menyatakan tidak lagi mempertahankan kedudukannya untuk penggal baharu selaku Presiden FAM.

Menurut Hamidin, keputusan tersebut dibuat kerana untuk memberi ruang kepada ahli gabungan memilih presiden baharu untuk terus memacu organisasi berkenaan pada satu peringkat lebih positif.

Jelas dirinya lagi, keputusan itu sebenarnya bukan suatu yang pelik kerana ia dibuat menerusi proses telah ditetapkan untuk memilih kepimpinan baharu FAM.

Untuk situasi terbaharu, Shahril yang sebelum ini melepaskan segala jawatan beliau bersama FAM menyatakan keinginan untuk bertanding selaku presiden baharu jika mendapat kepercayaan ahli gabungan organisasi berkenaan.

Walaupun begitu, Shahril menyatakan bakal membuat perbincangan bersama Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Presiden dan barisan Exco sebelum membuat sebarang keputusan.

“Sekiranya ada ahli gabungan yang merasakan saya layak untuk bertanding, insya-Allah saya akan pertimbangkan.

“Namun, sebelum apa saja keputusan dibuat, saya harus berbincang bersama Tuanku Raja Muda Selangor selaku Presiden FAS dan barisan Exco untuk mendapatkan nasihat serta bimbingan,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Terdahulu beberapa spekulasi sudah timbul di media sosial dengan menyatakan Shahril antara yang akan bertanding untuk merebut jawatan selaku Presiden terbaharu FAM.

Untuk pengetahuan lebih jelas, kongres pemilihan barisan kepimpinan baharu FAM untuk penggal 2025-2029 bakal berlangsung pada 15 Februari hadapan.

Selain Shahril, nama yang turut dikaitkan selaku calon Presiden FAM baharu ialah Naib Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub bagi menggantikan kekosongan akan ditinggalkan oleh Hamidin.

Rekod terdahulu menyaksikan Hamidin telah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2018 lagi bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail.

Malah, Hamidin turut menang tanpa bertanding bagi kongres pemilihan pada penggal 2021-2025 dengan meninggalkan pelbagai jasa buat pembangunan bola sepak tanah air.

Antara jasa terbesar, sudah tentu ketika Hamidin memastikan Malaysia melayakkan diri secara merit ke saingan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar dan itu akan dikenang oleh para peminat.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN