‘Ubi’ JDT Kian Laku Bersama Skuad Harimau Malaya

Nampaknya, pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin mendapat perhatian bersama kem kebangsaan, apabila kali ini beberapa permata baharu dari kelab itu terpilih mewakili skuad senior kebangsaan.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya mengeluarkan senarai pemain yang akan berjuang ke saingan AFF musim 2024 dengan beberapa muka baharu tampil mencuri tumpuan.

Seperti semua sedia maklum, kebanyakan kelab di Liga Malaysia (Liga M) kini tidak wajib melepaskan para pemain utama mereka dan itu merupakan suatu ‘anugerah’ buat permata baharu untuk tampil menyerlah buat Malaysia.

Selain Malaysia, beberapa negara seperti Thailand dan Indonesia juga dilaporkan tidak menyenaraikan ramai barisan pemain utama dengan muka-muka baharu turut menggalas tanggungjawab di pentas AFF.

Bawah kendalian Pau Marti Vicente, ini merupakan peluang terbaik buat bintang-bintang muda atau muka baharu terpilih mempamerkan kualiti mereka selaku pelapis skuad kebangsaan akan datang.

Paling mencuri tumpuan, sudah tentu terarah kepada beberapa pemain muda JDT yang kini semakin mekar berkembang untuk turut terpilih menyarung jersi Harimau Malaya.

Melihat kepada senarai tersebut, tiga pemain muda asuhan JDT iaitu G. Pavithran, Daryl Sham, serta Najmudin Akmal telah mendapat perhatian Pau Marti untuk mengikuti kem kebangsaan.

Seperti diketahui, prestasi skuad JDT II kini berada pada tahap cukup menyakinkan menerusi kualiti pemain-pemain muda mereka selain ada terpilih menyertai pasukan senior kelab itu.

Antara paling menyerlah sudah tentu terarah kepada Pavithran yang mempamerkan peningkatan cukup ketara bersama skuad pembangunan dan turut mendapat perhatian pasukan utama JDT.

Nama lain sudah tentu terarah kepada Daryl Sham dan Najmudin Akmal yang terdahulu sudah pun membuktikan keupayaan mereka bersama JDT serta skuad kebangsaan.

Najmudin yang sebelum ini menjadi tunjang utama Malaysia B-23, buat pertama kali akhirnya terpilih untuk menyarung jersi pasukan senior dan berpeluang membuktikan keupayaannya.

Akhir sekali, jangan dilupakan Fergus Tierney yang berkembang maju bersama JDT II sebelum kini bersama Chonburi di Thailand sehingga akhirnya turut terpilih menyarung jersi kebangsaan dengan lebih awal.

Melihat kepada kualiti bintang-bintang muda JDT kian mendapat perhatian kem kebangsaan, sudah tentu ia merupakan suatu pencapaian terbaik kepada akademi di sana yang berjaya melahirkan bakat-bakat berkualiti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN