Piala Malaysia: Bisa Hadi Fayyadh Mampu Musnahkan Impian Negeri Sembilan

Penyerang PDRM iaitu Hadi Fayyadh dianggap mampu untuk terus meleburkan impian Negeri Sembilan ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia musim 2024/2025 pada aksi yang akan berlangsung hari ini.

Pada aksi pertama lalu, Sang Saka Biru berjaya mencatat kebangkitan yang sangat dramatik menerusi kemenangan 2-1 mengatasi cabaran daripada Negeri Sembilan.

Beraksi di gelanggang lawan pada aksi terdahulu, Negeri Sembilan terlebih dahulu memperoleh jaringan menerusi A. Selvan pada minit ke-69 sebelum dua jaringan dihasilkan PDRM pada masa tambahan separuh masa kedua.

Kemenangan itu pastinya menjadi pemangkin semangat terbaik buat skuad kendalian P. Maniam untuk meneruskannya pada aksi hari ini, apatah lagi mereka berkelebihan di halaman sendiri.

Walaupun begitu, PDRM tidak boleh meletakkan diri mereka terlalu selesa kerana segala kemungkinan boleh dilakukan oleh Negeri Sembilan untuk kembali bangkit dan melangkah jauh musim ini di pentas Piala Malaysia.

Berikut merupakan tiga pemain tumpuan untuk aksi kedua pasukan tersebut dalam usaha masing-masing bagi memastikan kejayaan bersama kelab diwakili pada aksi malam ini.

Hadi Fayyadh

Pemain ini mungkin bukan pilihan utama untuk berada dalam kesebelasan terbaik PDRM selaku penyerang, tetapi impak diberikannya cukup baik setiap kali diberi peluang beraksi.

Musim ini menyaksikan Hadi telah beraksi sebanyak empat perlawanan bersama skuad senior PDRM dan telah menghasilkan satu gol dan sekali bantuan jaringan.

Kelebihan Hadi sudah tentu terarah kepada kekuatan fizikal miliknya untuk memenangi perebutan bola di udara serta ketajaman beliau yang menyudahkan setiap peluang terhidang.

Bruno Suzuki

Pada aksi lalu, kelibat Bruno berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan menerusi kelincahan beliau mengawal bola serta tekanan tinggi dilakukannya sepanjang perlawanan berlangsung.

Walaupun Ifedayo diletakkan selaku penyerang utama, impak diberikan oleh pemain kacukan Brazil-Jepun ini tetap memberansangkan untuk menghidupkan terus siri serangan PDRM ke atas lawan.

Sudah tentu pertahanan Negeri Sembilan perlu berwaspada pada aksi hari ini, atau mereka hanya mampu menggigit jari kerana membiarkan Bruno bebas mengawal bola di kawasan lawan.

Ikhwan Yazek

Pemain lincah Negeri Sembilan ini memberikan impak cukup besar pada aksi lalu ketika kelincahannya membuka banyak peluang jaringan kepada pasukan tersebut.

Beraksi di posisi sayap kiri, bekas pemain Kelantan ini bijak memperdayakan pertahanan lawan menerusi kepantasan serta kelajuannya sebelum mencipta hantaran lintang tepat.

Jika beliau terus menjadi pertaruhan utama hari ini, sudah tentu pertahanan PDRM perlu lebih berwaspada akan kehadiran pemain tersebut yang mampu mencipta peluang gol di luar jangkaan ramai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN