Ini Sebab RTM Tak Akan Siar Aksi AFF Kepada Rakyat Malaysia

Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) dilaporkan tidak akan menayangkan siaran langsung membabitkan kejohanan AFF akan datang buat mana-mana saluran mereka kepada rakyat tempatan.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Datuk Suhaimi Sulaiman, hanya Astro sahaja menjadi penyiar rasmi untuk saingan bola sepak Asia Tenggara itu yang boleh ditonton oleh peminat tempatan pada musim ini.

Kenapa RTM tak akan siarkan aksi siaran langsung bagi kejohanan itu? Mungkin ini persoalan yang tercetus dalam kalangan peminat yang sedikit kecewa kerana tidak memiliki Astro.

Menurut Suhaimi, RTM sebenarnya telah pun membuat rundingan harga untuk mendapatkan hak penyiaran tersebut, namun gagal kerana harga diletakkan terlalu tinggi selain syarat baharu diletakkan.

“Kini, pemegang hak siaran AFF mengenakan syarat baharu — jika RTM mahu siarkan AFF Asean, RTM mesti membeli pakej yg mengandungi 4 sukan lain yg tidak diperlukan oleh RTM.

“Harga yg ditawarkan oleh pemegang hak melebihi 13 juta ringgit. RTM telah berunding berkali-kali.

“RTM telah berunding berkali-kali. Mereka menurunkan sedikit harga tapi masih jutaan ringgit juga dan syaratnya, RTM mesti membeli semua acara sukan dan tidak secara ala-carte.

“We must be prudent in spending. Rakyat masih boleh menonton AFF, tetapi di Astro. Kami cuba sedaya upaya untuk membawakan pelbagai acara sukan kepada penonton secara percuma tetapi kami tak sanggup membayar harga yg teramat tinggi dan ini semua adalah wang rakyat,” ujar beliau menerusi media sosial X.

Kenyataan dikeluarkan itu jelas mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan peminat sambil ada yang bersetuju kerana ia dianggap suatu pembaziran jika RTM tetap membeli hak penyiaran tersebut.

“Ini pandangan saya, Bola sepak mmg simbol sukan penyatuan rakyat tapi jika ia berlebih-lebihan hingga menggunakan dana rakyat yang mana di tempat lain diperlukan, saya lebih bersetuju untuk tidak dibeli. Lagi pun, bola sepak negara perlu buktikan berada dalam kelompok terbaik Asia dahulu!” ulas Nafiz Nazly.

Pada masa sama, Suhaimi turut menjawab beberapa persoalan daripada peminat yang mengharapkan RTM mendapatkan tajaan bagi meneruskan pembelian penyiaran aksi AFF.

“Itu dulu, sekarang penaja dah lari ke dunia digital. Olimpik pun merana kita cari,” ujar beliau untuk menjawab soalan daripada peminat di media sosial tersebut.

Saingan AFF akan bermula tidak lama sahaja lagi, dan kini rakyat Malaysia hanya boleh menonton secara sah di Astro selepas RTM melaporkan tidak akan menjadi antara penyiar rasmi pada saingan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN