Minggu ini boleh dianggap suatu yang malang buat dunia bola sepak Malaysia di pentas Asia, selepas dia wakil negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Selangor gagal merekodkan sebarang kemenangan di saingan AFC Champions League (ACL).
Kegagalan untuk kedua pasukan itu meraih sebarang mata, menyaksikan Vietnam dan Australia berjaya memintas kedudukan semasa bagi zon Asia Timur di tempat kelima terbaik.
Rekod terdahulu menyaksikan Malaysia sebenarnya telah berjaya menempatkan diri di kedudukan lima terbaik sebelum kini ia tampak sukar buat dua wakil kelab negara untuk terus meraih kejayaan demi memastikan kita mampu memintas Vietnam kembali.
Vietnam yang menghantar Nam Dinh FC di saingan AFC Champions League Two (ACL 2) merekodkan keputusan cukup baik di peringkat Kumpulan G apabila mereka mencipta tiga kemenangan serta dua seri daripada lima aksi diharungi.
AFC Rankings update after #ACLElite and #ACLTwo matchday 5
🇰🇼 Kuwait moves up 2 spots to 13th in West
🇻🇳 Vietnam moves up to 6th, which gives an ACL Elite slot
🇲🇾 Malaysia dropped down from ACL Elite zone pic.twitter.com/09gykvE2pS— Footy Rankings (@FootyRankings) November 29, 2024
Ini termasuklah siri kemenangan terbaharu 3-0 ketika pasukan tersebut mengetepikan cabaran Lee Man pada Rabu lalu di halaman sendiri bersama aksi cukup menyakinkan.
Keputusan itu menyaksikan Vietnam menjadi negara kedua yang mengumpul mata tertinggi di Asia Timur selain Jepun iaitu sebanyak 2.00 untuk meletakkan diri mereka pada kedudukan kelima terbaik.
Apatah lagi mereka hanya mempunyai satu wakil kelab sahaja di pentas Asia kali ini untuk menjadikan Vietnam tidak menghadapi masalah memintas Malaysia menerusi keputusan semasa dilakar oleh Nam Dinh.
Sebaliknya Malaysia pula berkongsi mata menerusi pecahan dua wakil kelab musim ini di pentas ACL Elite serta ACL 2 dan kedua pasukan itu tidak mencatat sebarang kemenangan ketika menghadapi lawan masing-masing.
JDT telah mencipta kekalahan kedua mereka pada saingan ACLE musim ini apabila pasukan itu tewas kepada Shandong Taishan menerusi keputusan 0-1 di gelanggang lawan Selasa lalu.
Jaringan tunggal daripada Zeca cukup untuk mengetepikan cabaran JDT walaupun Harimau Selatan jelas lebih menguasai perlawanan sepanjang aksi berlangsung.
Sementara Selangor pula turut mencatat kekalahan tipis 1-2 kepada wakil kelab dari Thailand iaitu Muangthong United biarpun mereka memiliki kelebihan sebenarnya bermain di halaman sendiri.
Walaupun berkelebihan menerusi jaringan Quentin Cheng pada awal permainan, ianya gagal dipertahankan apabila Muangthong cemerlang mendapatkan dua gol pada babak kedua perlawanan.
Secara keseluruhannya, Vietnam telah merekodkan 9.333 mata bagi musim 2024/2025 ini dan Malaysia pula sekadar meraih 8.333 mata di kedudukan ketujuh.
Keputusan semasa ini dianggap sangat berbahaya buat Malaysia, kerana jika kedua kelab itu gagal mengumpul sebarang mata maka slot automatik untuk kejohanan ACLE 2026/2027 turut tidak ada buat kita.
AFC rankings points gained this week – East
🇯🇵 2.42
🇨🇳🇻🇳 2.00
🇰🇷 1.25
🇦🇺🇸🇬 1.00
🇹🇭 0.67
🇮🇩🇵🇭 0.33
🇲🇾🇭🇰 0#ACLElite #ACLTwo— Footy Rankings (@FootyRankings) November 29, 2024
Maka, tugas berat diletakkan kini buat JDT dan Selangor untuk terus berusaha mendapatkan mata semaksima mungkin pada baki perlawanan akan datang serta memperbaiki kembali kedudukan semasa demi mendapatkan slot penting kepada Malaysia.