Ada Sebab Terengganu Pilih Corak Air Laut & Penyu Untuk Jersi Ketiga

Terengganu secara rasminya telah pun memperkenalkan jersi ketiga mereka semalam dan mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan peminat mengenai warna serta rekaan dikenakan.

Menerusi perkongsian media rasmi Terengganu, ada sebab-sebab tersendiri mengapa rekaan berunsurkan air laut serta penyu dikenakan pada jersi tersebut.

Lebih menarik, Sang Penyu serta Al-Ikhsan dilaporkan turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri sana iaitu ‘Geng Plastik Ija’ (GPI).

“Apa yang menarik berkenaan jersi ke-3 kelab ini adalah melihatkan ianya hadir dengan satu kempen serta elemen yang menyentuh tentang kesedaran masyarakat berkenaan tanggungjawab memelihara kebersihan alam yang merujuk kepada pantai dan laut yang sinonim dengan negeri Terengganu.

“Jika dilihat pada unsur yang ada pada jersi ini, ia adalah merujuk kepada air laut yang sememangnya sinonim dengan Negeri Terenganu yang berada di pesisir pantai.

“Gambar penyu yang dikelilingi sampah disebelah jersi adalah simbolik tentang kempen untuk memelihara alam daripada sampah sarap yang boleh merosakkan ekosistem kehidupan alam disekitar kita.

“Apa yang paling menarik dalam reka bentuk jersi ini adalah merupakan reka bentuk corak tenunan ombak pada kolar dan lengan baju yang sememangnya memberikan hasil estetik luar biasa pada jersi ini,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, mereka turut menyatakan kolaborasi bersama Geng Plastik Ija juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

“Oleh sebab itu idea untuk membuat kolaborasi ini tercetus dan memilih Geng Plastik Ija sebagai NGO yang kita tahu cukup aktif untuk diangkat sama untuk diperkenalkan melalui pelancaran dan kempen jersi ke-3 kelab ini.

“Ianya dengan harapan agar seluruh rakyat di negeri Terengganu kenal dengan kumpulan ini serta membuka mata mereka untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada mereka yang menyumbang dalam menjaga dan memelihara alam yang kita semua nikmati ini,” kata laman itu akhir sekali.

Ketika ini, pembelian jersi tersebut sudah boleh dibuat menerusi laman tfcdirect.asia dengan mereka menawarkan sembilan saiz untuk pilihan peminat.

Tanda harga dikeluarkan juga menyaksikan jersi ketiga itu dijual sebanyak RM149 dan sudah tentu ia wajar untuk dibeli oleh para pengumpul pakaian sukan tersebut di seluruh Malaysia.

Bagaimana pula pandangan anda mengenai pengenalan jersi tersebut? Adakah ia menarik atau tidak kena pada citarasa? Tepuk dada tanya selera.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN