Kedah Dijangka Harungi Baki Musim 24/25 Tanpa Kelibat Import

Kedah Darul Aman (Kedah) dilaporkan mungkin akan mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 ini tanpa kelibat pemain-pemain import mereka yang akan berhijrah bersama kelab baharu.

Menerusi sumber kami terima, situasi semasa Kedah kini masih lagi meruncing dengan para pemain mengalami isu daripada segi tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan sejak berbulan lalu.

Bertambah parah, pemain Kedah juga dikatakan tampil boikot pada aksi terbaharu Piala Malaysia musim ini ketika mereka menghadapi cabaran Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Darul Aman (SDA).

Situasi menyaksikan hanya 12 pemain sahaja terpaksa digunakan oleh Nafuzi dan hanya seorang berada di bangku simpanan yang juga merupakan tonggak muda kurang berpengalaman.

Untuk cerita terbaharu kami terima, kemungkinan besar Sang Kenari bakal menghadapi baki saingan musim 2024/2025 ini tanpa pemain import langsung.

Jelas sumber kami terima, Sony Norde terlebih dahulu akan meninggalkan kelab ini untuk berhijrah ke Indonesia menyertai salah satu pasukan di sana.

Laporan terdahulu sudah pun menyatakan Sony sedia mengikat kontrak bersama Malut United yang beraksi dalam saingan utama di negara tersebut pada bulan Disember ini.

Selain itu, Cleylton dos Santos juga berkemungkinan besar akan pulang ke negara asalnya iaitu Brazil untuk menyertai salah satu kelab tempatan di sana.

Mana status Sukhrob Nurullaev pula dilaporkan beliau bakal menyertai kelab lamanya kembali iaitu Nasaf Qarshi di Uzbekistan juga pada bulan hadapan.

Pada masa sama, status dua penyerang Kedah iaitu Ebenezer Assifuah bersama Milos Gordic tidak dapat dipastikan lagi, namun sumber menyatakan mereka juga berkemungkinan besar akan meninggalkan pasukan tersebut.

“Assifuah juga katanya mungkin turut akan meninggalkan Kedah kalau semua rakan import lain tidak lagi bersama pasukan ini pada bulan hadapan,” ulas sumber tersebut kepada kami.

Selain itu, Nafuzi Zain juga dilaporkan secara rasminya tidak lagi bersama Kedah untuk baki saingan akan datang selepas ianya diumumkan oleh laman pasukan tersebut semalam.

Persoalannya kini, bagaimana masa depan Kedah jika semua pemain tonggak kelab tersebut termasuk jurulatih utama meninggalkan pasukan itu sebelum saingan tamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN