Katsuhito Kinoshi Akui Sangat Teruja Untuk Sertai Selangor

Pengendali baharu Selangor, iaitu Katsuhito Kinoshi akui sangat teruja selepas beliau terpilih untuk menyertai kelab tersebut pada baki saingan musim 2024/2025 selaku ketua jurulatih baharu.

Terdahulu, Kinoshi sah diperkenalkan oleh Selangor semalam selaku jurulatih baharu selepas pasukan itu melepaskan khidmat Nidzam Jamil dengan lebih awal.

Tanpa Nidzam, pasukan itu dikendalikan sementara oleh gandingan pembantu jurulatih iaitu Abdifitaah Mohamed Hassan bersama Muhammad Shahrom Abdul Kalam dalam beberapa aksi lalu.

Tampil tidak begitu menyakinkan termasuk aksi Piala Malaysia semalam apabila Selangor sekadar terikat seri 1-1 bersama Sri Pahang, sudah tentu kehadiran jurulatih dari Jepun itu ditagih untuk mengubah segalanya kembali.

Jelas Kinoshi, beliau akui merasa terhormat apabila dapat menyertai Selangor dan memasang tekad untuk membantu pasukan itu menjadi lebih baik pada masa hadapan.

“Saya merasa terhormat untuk menyertai Selangor FC dan saya teruja untuk bekerja dengan pemain-pemain berbakat di sini.

“Bersama-sama, kami akan berusaha untuk membina sebuah pasukan yang bukan sahaja kukuh dari segi taktikal, tetapi juga penuh dengan semangat dan tekad untuk berjaya,” kata Kinoshi menerusi perkongsian laman rasmi kelab tersebut.

Pada masa sama, Datuk Seri Dr Shahril Mokhtar juga mengakui sangat gembira dengan kehadiran Kinoshi dan berharap kepimpinan jurulatih itu mampu membawa The Red Giants meraih kecemerlangan.

“Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan kehadiran Coach Kinoshi ke dalam keluarga Selangor FC.

“Pengalaman luas dan kepimpinannya akan menjadi kunci penting untuk kami memulakan babak baru yang menarik ini.

“Kami yakin bahawa visi beliau akan membimbing pasukan menuju kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan,” kata beliau pula.

Untuk rekod, Kinoshi memiliki pengalaman cukup luas dalam dunia kejurulatihan termasuk mencipta kerjasama dengan Dragan Stojkovic untuk membimbing skuad kebangsaan Serbia di pentas Piala Dunia 2022, Qatar.

Selain itu, Kinoshi turut dibimbing oleh Giovanni van Bronckhorst dalam dunia kejurulatihan untuk mempertajamkan lagi ilmu beliau bagi bola sepak moden.

Sudah tentu segala pengalaman dan ilmu dimiliki beliau ditagih kini untuk melonjakkan kembali Selangor menjadi salah sebuah pasukan digeruni di Malaysia dan Asia.

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN