Nafuzi Zain Bakal Ikut Jejak Sony Norde Tinggalkan Kedah?

Jurulatih berpengalaman iaitu Nafuzi Zain dilaporkan bakal meninggalkan Kedah Darul Aman (Kedah) dengan lebih awal, apabila beliau dikatakan akan menyertai kem Harimau Malaya pada masa akan datang.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Zulhelmi Zainal Azam selaku wartawan Astro Arena, nama Nafuzi kini telah dikaitkan bersama skuad bawah 23 Malaysia (B-23) dengan beliau menjadi antara calon terbaharu untuk posisi jutulatih.

“Nafuzi Zain bakal tinggalkan Kedah Darul Aman, difahamkan menjadi calon jurulatih B23 negara,” jelas Zulhelmi menerusi perkongsian dibuat beliau melalui media sosial X.

Untuk rekod, Kedah menjadi antara kelab paling bermasalah musim ini apabila mereka terpalit dengan isu tunggakan gaji yang sudah membelenggu sejak berbulan lalu.

Malah, persiapan dibuat pasukan itu juga tampak suram sejak awal saingan berlangsung sehingga pengenalan jersi dilakukan lebih lewat berbanding kelab lain.

Selain itu, Kedah juga sehingga kini tidak mempunyai penaja utama dengan masalah tunggakan gaji terus menjerut pemain-pemain serta kejurulatihan pasukan berkenaan.

Sehingga kini, tiga pemain mereka telah pun meninggalkan pasukan itu dengan lebih awal iaitu Fikri Che Soh yang menyertai Kelantan Darul Naim (KDN), Kalamullah Al Hafiz (Selangor), serta Habib Haroon kembali pulang ke Bahrain.

Untuk terbaharu, Sony Norde pula dilaporkan bakal mengikat kontrak bersama kelab dari Indonesia iaitu Malut United dan dijangka akan meninggalkan Kedah pada bulan Disember tidaj lama sahaja lagi.

Jika Nafuzi turut meninggalkan Kedah, ini menyaksikan pasukan tersebut terus tempang untuk menyambung baki saingan liga yang akan tamat pada tahun hadapan.

Rekod menyaksikan Nafuzi telah menyertai Kedah sejak awal saingan tahun lalu ketika pasukan tersebut mencipta rombakan baharu daripada segi kejurulatihan serta pemain.

Memiliki reputasi cukup baik bersama Terengganu sebelum itu, momentum tersebut diteruskan musim lalu bersama Kedah dengan sangat baik sebelum masalah kewangan melanda pasukan berkenaan.

Pelbagai situasi sukar dihadapi Nafuzi musim ini bersama Kedah selaku jurulatih selain dihimpit isu kewangan, apabila beliau juga terpaksa menggunakan semua pemain muda pada salah satu aksi Liga Super kerana tonggak utama tampil boikot daripada menjalani sesi latihan serta mengikuti perlawanan tersebut.

Jika benar Nafuzi menyertai kem B-23 Harimau Malaya, nampaknya Kedah mungkin terpaksa menggunakan seketika khidmat pembantu jurulatih iaitu Victor Andrag sehingga segalanya kembali dirombak semula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN