Peluang Sumareh Pamer Bisa Hadapi KL Rovers

Bekas pemain naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh berpeluang untuk membuktikan dirinya masih lagi berbisa dalam arena bola sepak tempatan jika terpilih mengisi kesebelasan utama esok.

Terdahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghadapi cabaran daripada Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) untuk saingan awal Piala Malaysia musim 2024/2025 hari ini.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sudah tentu skuad Harimau Selatan bakal mendapat tonik tambahan daripada penyokong setia mereka yang dijangka bakal hadir memberi galakan motivasi kepada kelab kesayangan mereka.

Apatah lagi, JDT juga berada dalam momentum cukup baik kini dan pasukan itu juga dijangka tidak akan menghadapi sebarang kesukaran untuk meraih kemenangan sulung dalam kejohanan itu.

Berbanding KL Rovers, pasukan tersebut bakal menghadapi satu aksi cukup sukar namun sudah tentu ia akan menjadi subjek pembelajaran terbaik buat para pemain serta kejurulatihan sepanjang saingan berlangsung.

Kembali mengenai aksi hari ini, JDT terpaksa melupakan seketika kelibat pemain sayap serangan mereka iaitu Arif Aiman Hanapi yang menjalani ujian penggantungan sebanyak tiga perlawanan.

Ini kerana Arif sebelum itu terlibat dalam insiden pergaduhan di atas padang bersama tonggak Perak, Tommy Mawat Bada yang menyaksikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil memberi hukuman semalam.

Untuk Arif Aiman, bintang Harimau Malaya ini dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kuala Lumpur Rovers FC pada 20 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kuala Lumpur City FC pada 8 Disember 2024.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” jelas kenyataan daripada FAM.

Maka, posisi itu sudah tentu menjadi rebutan ramai para pemain lain di kem JDT termasuk Sumareh yang berpeluang membuktikan sesuatu kepada Hector Bidoglio.

Musim ini menyaksikan Sumareh hanya diberi peluang sebanyak tiga kali sahaja beraksi di atas padang termasuk satu perlawanan Piala FA menentang Malaysia University FT (MUFT).

Sepanjang tiga perlawanan tersebut, Sumareh telah pun menghasilkan satu bantuan jaringan ketika JDT berpesta gol mengatasi cabaran Kelantan Darul Naim (KDN) sebanyak 6-0.

Apapun, posisi tersebut juga sudah tentu turut diintai oleh Oscar Arribas yang turut memiliki kepakaran selaku pengganti terbaik kepada kekosongan ditinggalkan oleh Sumareh.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN