Isu Penyudah Skuad Harimau Malaya Masih Belum Selesai

Skuad Harimau Malaya dilihat masih lagi bergelut dalam beberapa perkara selepas mereka mengharungi dua perlawanan persahabatan Tier 1 pada bulan ini dan ia perlu diperbaiki secepat mungkin.

Apa tidaknya, Malaysia bakal mengharungi saingan AFF tidak lama lagi dan ianya memerlukan Pau Marti Vicente untuk mempersiapkan segalanya dengan sehabis baik.

Pada dua aksi persahabatan baru-baru ini, Harimau Malaya telah pun mencatat satu kemenangan bersama satu seri ketika menghadapi cabaran Laos dan India di luar negara.

Walaupun meraih empat gol daripada dua perlawanan tersebut, isu ketumpulan sebenarnya masih lagi menghantui barisan pemain kebangsaan sehingga memperoleh kritikan peminat.

Daripada empat gol tersebut, dua daripadanya diperoleh menerusi sepakan penalti sementara satu lagi jaringan melalui situasi sepakan sudut yang disempurnakan oleh bintang muda Selangor, Harith Haiqal.

Satu jaringan menerusi gerakan terbaik hanya terhasil ketika mereka berdepan India semalam hasil ledakan penyerang naturalisasi, Paulo Josue yang memanfaatkan kesilapan pasukan lawan.

Situasi ini jelas menunjukkan Malaysia masih mempunyai isu daripada kualiti penyudah walaupun mereka memperoleh banyak peluang menarik sepanjang dua perlawanan tersebut untuk mendapatkan gol.

Paling dirasai, pastinya ketika aksi menentang India semalam apabila skuad kendalian Pau Marti memperoleh beberapa peluang ‘wajib gol’ yang dilepaskan oleh barisan pemain kebangsaan.

Suka atau tidak, Pau Marti perlu memikirkan solusi lebih baik daripada segi pemilihan pemain, penerapan taktikal, serta persefahaman sesama mereka untuk menukarkan setiap peluang kepad bentuk jaringan.

Pemain seperti Paulo Josue, Sergio Aguero, dan Fergus Tierney antara yang boleh dikekalkaan kerana faktor fizikal dan pengalaman dimiliki untuk mengharungi saingan AFF akan datang.

Malah Haqimi Azim dan Syafiq Ahmad sendiri sebenarnya memiliki keupayaan untuk cuba diletakkan selaku penyerang utama kerana kemampuan dimiliki kedua tonggak tersebut.

Selain kualiti penyudah, sudut kreativiti mencipta peluang jaringan juga perlu dititik beratkan kem kebangsaan kerana ia dianggap masih belum cukup konsisten.

Apapun, ianya terserah kepada Pau Marti sendiri untuk mencongak strategi terbaik buat skuad kebangsaan pada saingan AFF akan datang menerusi barisan pemain dimiliki beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN