RASMI: Arif Aiman & Tommy Mawat Bada Digantung 3 Perlawanan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya telah pun mengeluarkan hukuman kepada dua pemain tempatan iaitu Arif Aiman Hanapi bersama Tommy Mawat Bada, selepas mereka terlibat dalam pergaduhan di atas padang beberapa hari lalu.

Insiden tersebut berlaku ketika membabitkan aksi Liga Super 2024/2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak ketika ianya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Menerusi perkongsian Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Arif dan Tommy masing-masing telah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play.

Jelas FAM, Arif melanggar kod tersebut selepas beliau dikesan menumbuk bahagian muka sebelah kiri Tommy Mawat ketika pergaduhan tersebut berlaku.

Sementara Tommy pula telah pun mencengkam leher kiri selain menanduk wajah Arif Aiman pada insiden tersebut sebelum dileraikan oleh rakan sepasukan lain.

Hasilnya, kedua pemain tersebut dikenakan tindakan penggantungan tiga perlawanan bersama kelab diwakili masing-masing.

Untuk Arif Aiman, bintang Harimau Malaya ini dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kuala Lumpur Rovers FC pada 20 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kuala Lumpur City FC pada 8 Disember 2024.

Buat Tommy Mawat pula, pemain tersebut dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kelantan Darul Naim FC pada 22 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kedah Darul Aman FC pada 4 Disember 2024.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” jelas kenyataan daripada FAM.

Terdahulu, terjadi insiden pergaduhan antara Arif Aiman dan Tommy Mawat di penghujung perlawanan dengan kedua pemain tersebut menggunakan sentuhan fizikal antara satu sama lain.

Kekecohan itu menyaksikan rakan sepasukan lain termasuk pengadil terpaksa masuk campur untuk meleraikannya sebelum keduanya sekadar menerima layangan kad kuning walaupun Arif dikesan telah menumbuk Tommy.

Keputusan tersebut tidak terhenti di situ sahaja, apabila ia turut mendapat perhatian FAM yang menganggap insiden tersebut sebagai sesuatu serius dan tidak wajar berlaku dalam dunia bola sepak tempatan.

Kredit foto: The Photoshooterz

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN