Kenapa Malut United Berminat Dapatkan Khidmat Sony Norde?

Beberapa hari lalu, kapten Kedah Darul Aman iaitu Sony Norde dilaporkan bakal meninggalkan pasukan tersebut pada Disember ini untuk menyertai salah satu kelab utama di Indonesia, Malut United.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Zulhelmi Zainal Azam, pemain tersebut bakal meninggalkan Kedah selepas lima musim menabur bakti di pentas Liga Malaysia (Liga M).

“Sony Norde ucap selamat tinggal selepas 5 musim beraksi di Liga Malaysia. Difahamkan, Kapten Kedah Darul Aman itu akan melengkapkan perpindahan ke sebuah kelab Liga 1 Indonesia awal bulan depan,” jelas Zulhelmi di media sosial X beberapa hari lalu.

Untuk rekod, Sony telah pun mencipta 16 penampilan bersama dua gol serta empat bantuan jaringan kini bersama Kedah bagi musim 2024/2025.

Beraksi selaku kapten, kualiti dipamerkan oleh Sony sentiasa meraih pujian ramai peminat ekoran impak besar diberikan pemain ini di atas padang.

Maka tidak hairan mengapa ada peminat sedikit kecewa apabila mengetahui perkhabaran beliau bakal berpindah pada bulan Disember hadapan ke saingan utama Indonesia.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Utusan Malaysia, Sony kini dilaporkan hanya menanti masa sahaja untuk berhijrah ke Indonesia serta diperkenalkan selaku tonggak baharu buat Malut United.

Ini kerana proses perbincangan antara Kedah dan Malut United sudah pun berada pada fasa akhir dan berkemungkinan aksi sulung Piala Malaysia musim ini menjadi penampilan terakhir buat bekas pemain kebangsaan Haiti tersebut.

Laporan juga menyatakan Malut United tertarik akan aksi pemain tersebut selepas melihat kelincahan beliau pada aksi persahabatan membabitkan pasukan itu bersama Kedah.

Malah, pertahanan import Kedah dari Brazil iaitu Cleylton juga pada asalnya turut berada dalam rada pasukan tersebut selain Sony sahaja akhirnya disahkan bakal menjadi milik Malut United.

“Kelibat Sony menarik perhatian pengurusan dan barisan kejurulatihan Malut United ketika mereka berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk Piala Cabaran Nusantara Ogos lalu.

“Sebelum ini pasukan itu dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat tonggak pertahanan dari Brazil, Cleylton Santos namun menerusi perbincangan dijalankan, hanya Sony yang bakal berhijrah ke sana,” kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia.

Rekod menyaksikan sebelum itu Kedah sudah kehilangan tiga pemain utama mereka iaitu Habib Haroon, Kalamullah Al-Hafiz serta Fikri Che Soh yang kini menjadi tonggak utama Kelantan Darul Naim (KDN).

Sumber:
Utusan Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN