Aksi ‘Ganas’ Pemain Akar Umbi tempatan Raih Kecaman Peminat

Sebut tentang aksi kekasaran dalam dunia bola sepak, ianya bukan sesuatu yang asing lagi apabila ia sering berlaku membabitkan saingan profesional, amatur, atau sejak pembangunan akar umbi.

Ianya bergantung kepada jurulatih atau pemain itu sendiri untuk mengelakkan aksi terlalu ganas sehingga mencemarkan nama baik bola sepak yang pada asalnya sebagai satu wadah penyatuan.

Perkongsian terbaharu kami terima di Facebook, satu klip video daripada pemilik akaun Juraimi Desa mempamerkan aksi terjahan keras dilakukan oleh seorang pemain muda dalam satu perlawanan pembangunan akar umbi.

Kekasaran dilakukan oleh pemain berjersi kuning itu dianggap keterlaluan dan boleh memberi kesan besar buat mangsa di atas padang apabila ia menuju tepat ke arah kaki.

Walaupun begitu, tiada sebarang pergaduhan berlaku apabila mangsa sekadar bangun dan seolah memberi amaran sahaja kepada si pelaku tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menghamburkan amarah mereka selain ada turut mengharapkan supaya situasi sebegini dapat dicegah lebih awal.

Keras terjahan dari bahagian belakang dibuat pemain berjersi kuning ke atas lawan

“Straight red card atau banned terus player tu dari kejohanan. Masa ni la nk ajar player akar umbi untuk control bukan senang-senang player dlm padang, penganjur pulak jangan select anak dato ke anak menteri ke. Kene tegas dngn undang undang,” kritik Iman Qilla.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlalu jika seseorang jurulatih itu menekankan tentang disiplin cara tackling yg tidak menghancurkan karier seseorang itu,” komen Hamdan Ibrahim pula.

“Tu la kita kena didik dari awal. Bermain macam itu tidak perlu di padang bola. Sebab permainan macam tu boleh menjejaskan pemain dan sukan bola sepak. Kalau rasa keras badan tu main sukan fight,” saran M Azmizan M Azmi.

“Senang je untuk mengajar budak-budak mcm ni, kita kasi dia rasa mcm mana dia buat kat kita. Baru dia akan belajar to be professional footballer!” ulas Fabio Hassan.

Selain itu, pelbagai lagi kritikan dan nasihat diberikan oleh netizen mengenai insiden tersebut yang dianggap sebagai sesuatu tidak sihat buat pembangunan bola sepak akar umbi.

Malah, ada turut memberi pujian kepada mangsa terjahan itu yang dianggap berjaya mengawal emosi dengan baik tanpa memberi tindakan balas kepada si pelaku.

Apapun, kami di Semuanya BOLA juga berharap supaya insiden sedemikian perlu dielakkan kerana jika nasib tidak baik, mungkin mangsa terjahan terpaksa melupakan hasrat dalam dunia bola sepak selamanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN