3 Bintang Tumpuan Malaysia Dijangka Mampu Untuk Benam Cabaran Laos

Malaysia secara rasminya bakal mengharungi aksi persahabatan sulung mereka pada bulan ini di Bangkok dengan Laos akan menjadi cabaran pertama mereka sebelum skuad kebangsaan berlepas ke India.

Senarai 26 pemain yang dikeluarkan sebelum itu menyaksikan ada beberapa rombakan pemain telah berlaku untuk skuad kendalian Pau Marti Vicente sebelum berdepan dua aksi persahabatan tersebut.

Atas kertas, Malaysia dilihat tidak memiliki masalah besar untuk mengatasi pasukan lawan jika dilihat pada kedudukan ranking serta kualiti para pemain.

Namun, skuad Harimau Malaya tidak boleh mengambil mudah cabaran tersebut kerana sedikit kesilapan bakal mengundang pada serta kritikan besar dalam kalangan peminat.

Apatah lagi Malaysia perlu kembali bangkit selepas mereka mencipta kekalahan pada bulan lalu di pentas antarabangsa kepada New Zealand dengan aksi cukup tidak menyakinkan.

Untuk aksi hari ini, Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan negara yang dijangka bakal memberi impak besar untuk membantu Malaysia meraih keputusan positif.

Arif Aiman Hanapi

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) ini sedang berada pada tahap cukup baik untuk diberikan tugas selaku salah seorang tonggak utama serangan Malaysia.

Lincah, pantas, serta tajam di hadapan gawang gol menjadikan Arif selaku pemain paling berbahaya bakal dipertaruhkan Pah Marti Vicente kepada pertahanan Laos.

Kecemerlangan beliau di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) terdahulu sudah tentu bakal melonjakkan lagi motivasi Arif selaku pemain utama Malaysia di posisi sayap kanan.

Haqimi Azim

Dijangka, Haqimi mungkin akan dibawa masuk selaku pemain gantian Malaysia pada separuh masa kedua untuk meningkatkan lagi intensiti serangan skuad kebangsaan.

Kebolehan Haqimi untuk beraksi di posisi sayap kanan serta serangan utama menjadikan beliau selaku aset cukup penting kepada Malaysia kini walaupun masih muda.

Kelebihan Haqimi sudah tentu terarah kepada kelincahan serta kekuatan fizikal beliau untuk terus memberi tekanan tinggi kepada pertahanan lawan.

Stuart Wilkin

Nadi utama serangan Harimau Malaya ini tampaknya kembali berada pada momentum cukup positif selepas beliau sudah sembuh daripada siri kecederaan.

Tidak hanya terarah kepada kreativiti beliau membuat hantaran-hantaran berbahaya kepada rakan sepasukan, Wilkin juga memiliki keupayaan tinggi daripada sepakan jarak jauh tepat untuk menguji penjaga gol lawan.

Jangkaan kami, Wilkin bakal memainkan peranan cukup besar kepada siri serangan Harimau Malaya dari pelbagai arah pada aksi hari ini untuk memastikan pasukan kebangsaan memperoleh gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN