“Jangan Jadi Badut & Rasis” – Tommy Mawat Bada

Pemain tonggak Perak iaitu Tommy Mawat Bada tampil dengan luahan tidak berpuas hati, selepas beliau menerima komen berbaur perkauman daripada salah seorang peminat bola sepak di media sosial.

Menerusi perkongsian beliau di Instagram, komen dilontarkan oleh netizen itu jelas berbaur rasis dengan menyentuh hal perkauman sehingga mengguris hati pemain kelahiran Sarawak tersebut.

“Padan muka dayak tu tak pasal-pasal nak block orang. Ye la dah kalah walau main kat home,” komen netizen yang bernama Awesome di Instagram.

Komen tersebut jelas membangkitkan rasa kurang senang kepada bekas pemain Malaysia bawah 23 (B-23) itu dan beliau hadir bersama pandangan tersendiri.

Adakah Arif Aiman & Tommy Mawat Patut Dilayangkan Kad Merah?

“Semua bebas untuk bersuara. Nak marah, tegur, maki semua boleh, kita hanya manusia biasa dan hidup di atas muka bumi yang sama.

“Jika marah sekali pun jangan mention part family dan kaum (Dayak). Ya, saya dilahirkan sebagai dayak dalam darah darah ini.

“Saya sangat berbangga dengan perkara tersebut sehingga ke hari ini. Jadi abang-abang dan kakak-kakak, jangan bangkitkan isu perkauman (anda bakal menyesal kemudian nanti).

“Jangan Dayak Dayak kan aku. Apa akan jadi jika orang Dayak lain lihat dan baca komen kamu? Kamu nak tangani mereka?

“Jangan jadi badut dan rasis. Semoga Tuhan rahmati kamu, terima kasih. Jangan sebarkan kebencian dalam dunia bola sepak,” luah Tommy di Instagram.


Sememangnya dunia bola sepak mengharamkan sebarang komen atau tindakan berbaur rasis kerana sukan tersebut bertujuan asal untuk menyatukan.

Apa yang diluahkan Tommy adalah benar, kerana kita semua adalah manusia biasa yang hidup di bumi sama serta sesuatu tidak boleh diterima untuk mengejek seseorang dalam bentuk perkauman.

Terdahulu, Tommy terlibat dalam satu insiden pergaduhan kecil di Stadium Sultan Ibrahim ketika membabitkan aksi antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketika itu, Tommy terlibat dalam pergaduhan bersama bintang muda Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi sehingga kedua mereka dilayangkan kad kuning oleh pengadil bertugas sehingga ia mencetuskan kontroversi dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN