Adakah Status Marin Pilj Kini Masih Bersama Terengganu?

Teka teki timbul sebelum ini di media sosial mengenai kelibat pemain tengah berpengaruh Terengganu iaitu Marin Pilj yang dikatakan sudah tidak bersama kelab tersebut pada baki saingan musim 2024/2025.

Apa tidaknya, pemain tersebut kali terakhir berada dalam senarai pasukan ketika aksi menentang PDRM pada 4 Oktober lalu sebelum nama Pilj tidak lagi kelihatan sehingga perlawanan terbaharu dihadapi Sang Penyu.

Pada aksi berdepan Kedah Darul Aman, Perak, serta Penang, nama pemain kelahiran Croatia itu langsung tidak kelihatan tersenarai bersama kelab baik dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan.

Sudah tentu ketiadaan Pilj sedikit sebanyak memberi kesan buat penguasaan tengah pasukan tersebut selain hilangnya sentuhan kreatif beliau di atas padang buat Sang Penyu.

Walaupun begitu, Harian Metro tampil mendedahkan Pilj masih lagi menjadi milik Sang Penyu dan menjadi salah satu pemain penting buat Badrul Afzan Razali bagi menghadapi baki saingan akan datang.

Malah, pemain itu juga masih bersama rakan sepasukan lain mengharungi sesi latihan seperti biasa dan berkemungkinan bakal dibawa turun untuk perlawanan akan datang membabitkan kelab tersebut.

Menerusi tohmahan dilemparkan sesetengah peminat di media sosial sebelum ini, Pilj dilaporkan mengikuti jejak langkah Tomislav Steinbruckner yang meninggalkan pasukan itu dengan lebih awal.

Malah, Terengganu juga telah pun kehilangan pertahanan import mereka sebelum ini iaitu Matthew Steenvoorden secara mengejut apabila pemain tersebut sudah rasmi menyertai kelab baharu.

Tampil serba tidak begitu menjadi kini dalam persaingan domestik, sudah tentu kehadiran Pilj amat ditagih pada aksi hadapan dan mereka tidak boleh terus keciciran sebarang mata lagi pada aksi mendatang.

Jelas Badrul Afzan, pemain tengah menyerang itu masih lagi menjadi milik Terengganu dan beliau mengharungi sesi latihan seperti biasa bersama rakan sepasukan lain.

“Sebelum ini pemain itu (Pilj) tidak bersama pasukan kerana dia mengalami kecederaan lutut sekali gus memaksanya berehat,” ujar beliau menerusi perkongsian Harian Metro.

Untuk rekod, Pilj telah pun beraksi sebanyak 16 perlawanan musim ini bersama Terengganu serta memberikan impak cukup besar buat penguasaan posisi tengah kelab berkenaan.

Dua gol bersama satu bantuan jaringan telah dilakar pemain ini serta kemahiran beliau daripada segi situasi sepakan percuma jarak jauh sentiasa dipuji oleh para peminat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN