Senarai Bintang Muda Negara Terpilih Bersama Kem Harimau Malaya

Pau Marti Vicente secara rasminya telah pun mengumumkan senarai pemain Harimau Malaya untuk mengikuti kem latihan yang akan berlangsung pada Ahad ini sebagai persediaan menghadapi dua aksi persahabatan semalam menerusi perkongsian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Melihat kepada senarai nama dipanggil kali ini, lapan daripadanya merupakan pemain yang berusia 23 tahun ke bawah dan dianggap cukup menyakinkan untuk bersama tonggak-tonggak senior lain.

Bagi aksi persahabatan bertemu Laos dan India, ini merupakan inisiatif terbaik buat Pau Marti untuk menilai sejauh mana kualiti pemain muda Malaysia dipanggil itu mampu memenuhi jangkaan beliau pada masa hadapan.

Secara pecahan, Pau Marti menyenaraikan empat pemain muda yang beraksi di posisi pertahanan, dua bahagian tengah, serta dua lagi untuk serangan.

Berikut merupakan senarai nama pemain tersebut yang terpilih untuk mengikuti sesi latihan Harimau Malaya.

Ubaidullah Shamsul

Satu-satunya pemain paling muda dalam senarai ini terpilih untuk mengikuti sesi latihan bersama kem kebangsaan dengan beliau baru berusia 20 tahun serta beraksi selaku pertahanan buat Terengganu.

Azam Azmi Murad

Pemain paling senior dalam senarai ini apabila beliau sudah pun berusia 23 tahun serta menjadi tonggak utama buat Sang Penyu dan bermain di posisi pertahanan kanan.

Safwan Mazlan

Beliau telah pun berusia 22 tahun serta pernah diberi kepercayaan pada beberapa aksi lalu selaku pertahanan buat Harimau Malaya bersama aksi cukup menyakinkan.

Harith Haiqal

Bintang muda Selangor ini antara paling mencuri tumpuan ketika aksi AFC Champions League Two (ACL 2) lalu selaku kapten serta peledak gol ketika menghadapi Jeonbuk Hyundai di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Mukhairi Ajmal

Pada usia masih muda, Mukhairi telah pun menjadi antara tonggak utama buat Selangor selepas kualiti pemain berumur 22 tahun itu cukup menyakinkan di bahagian tengah serta sayap serangan.

Nooa Laine

Menjadi pemain paling menonjol pada aksi Pestabola Merdeka musim ini, menjadikan bintang berusia 21 tahun itu sekali lagi terpilih untuk memperkukuhkan posisi tengah Malaysia.

Arif Aiman Hanapi

Bintang muda negara paling menonjol kini selepas kejayaan beliau muncul selaku antara penjaring semasa terbanyak Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas AFC Champions League Elite (ACLE).

Haqimi Azim

Penyerang muda Kuala Lumpur City (KL City) ini mempamerkan aksi cukup memberansangkan bersama Harimau Malaya sejak beberapa aksi lalu di pentas antarabangsa menerusi kualiti kawalan bola serta kepantasannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN