Ini 3 Punca SSI Dipilih Selaku Lokasi Rasmi Aksi Perak Bertemu JDT

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) secara rasminya telah pun terpilih selaku lokasi baharu bagi aksi tertunda membabitkan antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 November akan datang.

Pengumuman itu dinyatakan secara rasmi oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebentar tadi dengan laman utama Harimau Selatan itu terpilih bagi aksi berkenaan.

Walaupun beraksi di SSI, pasukan tuan rumah tetap menjadi milik Perak dan JDT bakal tampil selaku pelawat untuk aksi tertunda tersebut yang sudah pun dua kali dibatalkan.

“Perak FC telah memaklumkan kepada Malaysian Football League (MFL) bahawa aksi Liga Super (LS9) antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November 2024,” jelas laman berkenaan.

Menurut MFL, SSI dipilih sebagai lokasi perlawanan tersebut selepas Perak sendiri menamakan stadium itu ssebagai laman rasmi bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan atas asbab ia merupakan aksi berprofil tinggi.

“MFL sebelum ini telah meminta Perak FC untuk menamakan venue alternatif berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi ini selain untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang mungkin akan menangguhkan lagi jadual Liga Super bagi separuh musim ini yang masih belum lengkap.

“Sebagai maklum balas kepada permintaan MFL itu, Perak FC telah menamakan SSI sebagai gelanggang mereka untuk perlawanan tertunda tersebut,” ujar laman itu lagi.

Menerusi surat rasmi MFL yang tersebar di media sosial, ada dua lagi sebab mengapa Stadium Manjung tidak terpilih untuk mengharungi aksi berkenaan.

Jelas MFL, aksi tersebut tidak dapat dilakukan di Manjung kerana penggunaan lampu limpah di sana tidak memenuhi piawaian minimum selain berisiko hujan lebat di sana sekali lagi.

Aksi tersebut juga dianggap sangat berisiko daripada segi keselamatan selepas ianya merupakan perlawanan berprofil tinggi membabitkan kedua pasukan tersebut.

Akhir sekali, aksi itu juga perlu dilakukan segera tanpa penangguhan demi memastikan undian saingan Piala Malaysia 2024-2025 perlu dilakukan.

Rekod terdahulu menyaksikan SSI bukan kali pertama dipilih selaku laman rasmi tuan rumah bagi pasukan lawan kerana Malaysian University FT (MUFT) bersama Kelantan Darul Naim (KDN) telah melakukan perkara sama.

Aksi membabitkan Perak dan JDT terpaksa ditunda sebelum ini dan dijangka pada asalnya akan berlangsung di Manjung, selepas Stadium di Ipoh menjalani proses pengubahsuaian padang baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN