Ini Nasihat David Rowley Buat Bakal Pemain Warisan Baharu Malaysia

Sebut sahaja David Rowley, pastinya ramai peminat bola sepak tempatan mengenali pemain tersebut ekoran penampilan unik dibawa beliau di atas padang, selain rekod kejayaan telah dikecapi.

Rowley menjadi antara pemain warisan yang sudah sekian lama berada di Malaysia serta telah pun mewakili beberapa pasukan sepanjang karier.

PDRM, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah Darul Aman, serta Penang sudah pun diwakili pemain tersebut sebelum kini dirinya mengharungi musim kedua buat Sri Pahang dalam aksi Liga Super.

Hadir dengan status import pada awalnya bersama PDRM, pemain itu diperkenalkan selaku pemain warisan buat Malaysia ekoran ibunya memiliki kerakyatan negara ini.

Sepanjang beraksi di Malaysia, nama beliau mungkin kurang terkenal jika dibandingkan bersama beberapa pemain warisan lain.

Namun, Rowley telah pun mengecapi kejayaan diidamkan seperti juara Piala FA 2019, serta naib johan untuk saingan Piala Malaysia pada tahun sama bersama Kedah.

Lebih menarik penantian beliau untuk mewakili Harimau Malaya telah pun ditunaikan, apabila beliau buat pertama kali dipanggil Kim Pan-gon pada tahun 2022 bagi aksi persahabatan serta kejohanan AFF.

Melihat kepada ‘trend’ semasa skuad kebangsaan dilihat bakal mengambil lebih ramai pemain warisan pada masa hadapan, kami di Semuanya BOLA secara eksklusif mendapatkan pandangan beliau mengenai perkara itu.

“Saya sendiri sebenarnya masih belum tahu pemain mana bakal beraksi untuk Malaysia, tetapi kalau mereka bagus kenapa tidak untuk kita mendapatkannya demi sesuatu positif.

“Nasihat saya, jika kini ada dalam kalangan mereka beraksi di pentas lebih tinggi, tak perlu untuk beraksi bersama kelab di Malaysia supaya konsistensi anda lebih terjamin dan hanya pulang jika dipanggil sertai kem kebangsaan,” ulas Rowley.

Pada masa sama, beliau juga turut memberi nasihat jika ada pemain-pemain warisan pada usia muda berkemungkinan akan sertai kem kebangsaan pada masa hadapan.

“Jika anda ingin beraksi buat Malaysia, anda perlu cintakan negara serta pasukan ini sendiri selain perlu belajar mengenali budaya hidup di sini, mengenali cara penyokong.

“Paling penting, mereka perlu untuk sekurangnya memahami atau belajar bercakap sedikit bahasa melayu yang merupakan keutamaan pada pandangan saya,” ulas beliau lagi.

Akhir sekali, Rowley turut memberi nasihat kepada pemain muda tempatan untuk bekerja dengan lebih keras serta tidak mudah mengalah jika mereka ingin mewujudkan persaingan bersama pemain warisan.

“Awak boleh lihat Arif Aiman sebagai contoh terbaik apabila beliau merupakan pemain tempatan paling baik pada pandangan saya untuk kelab serta negara.

“Arif membuktikan pemain tempatan sebenarnya mampu untuk memberi persaingan atau mengatasi pemain warisan lain buat bola sepak di Malaysia,” kata Rowley akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN