Sri Pahang Patut ‘Bersyukur’ Bila Aksi Berdepan Kuching City Ditunda

Sri Pahang mungkin perlu bersyukur selepas wisel perlawanan membabitkan aksi pasukan itu menentang Kuching City ditunda setelah hujan lebat dan ribut petir melanda sekitar Stadium Mini Temerloh.

Pada aksi tersebut, pengadil bertugas iaitu Muhammad Usaid bin Jamal terpaksa meniup wisel pada minit ke-31 untuk menghentikan perlawanan serta merta kerana hujan lebat bersama ribut petir ketika aksi berlangsung pada jam 5:15 petang.

Selepas beberapa tempoh masa diambil untuk menghentikan seketika perlawanan, keputusan diambil pihak bertanggungjawab untuk menunda aksi itu selain keadaan permukaan padang bertakung.

Walaupun begitu, awal perlawanan tersebut jelas memberi mimpi ngeri buat Tok Gajah apabila pasukan itu menerima asakan bertali arus daripada Kuching City di segenap posisi.

Jelas skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tampil dengan persediaan cukup rapi untuk perlawanan ini dengan mereka mencipta beberapa peluang menarik untuk menguji kubu lawan.

Walaupun tanpa kelibat Tchetche Kipre serta bekas pertahanan kebangsaan Nigeria iaitu James Okwuosa yang menjalani hukuman penggantungan perlawanan, ia tidak menjejaskan prestasi semasa kelab itu.

Buktinya, pelawat berjaya memperoleh gol pada minit ke-15 menerusi tandukan kencang daripada pemain dari Jepun iaitu Yuki Tanigawa untuk meletakkan Kuching City di hadapan.

Motivasi pasukan itu dilihat terus bertambah dengan pemain seperti Moses Atede, Petrus Shitembi, serta Ramadhan Saifullah dilihat antara paling menonjol untuk menghidupkan jentera serangan.

Berbanding tuan rumah, segalanya dilihat serba kurang menjadi dengan mereka kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Sergio Aguero, Stefano Brundo serta Kpah Sherman untuk dibawa turun Fandi Ahmad.

Malah gandingan pemain import membabitkan Mykola Ahapov bersama Sean Selvaraj di posisi serangan juga dilihat tenggelam akan prestasi semasa pertahanan pasukan pelawat.

Lebih mengharukan, skuad kendalian Fandi kehilangan arah sepanjang aksi berlangsung untuk memulakan pergerakan apabila setiap peluang cuba dijana mudah dipatahkan pasukan lawan.

Keadaan padang bertakung juga memberi kesukaran buat Sri Pahang untuk bertukar-tukar hantaran selain beberapa situasi serangan balas pantas dari lawan hampir memerangkap skuad Tok Gajah.

Kesimpulannya, tiupan wisel pads minit ke-31 jelas menyelamatkan Sri Pahang daripada menjadi mangsa amukan Kuching City yang tampil bersedia pada perlawanan tersebut.

Semoga dalam tempoh dimiliki ini digunakan oleh Fandi dengan baik untuk mencipta rencana berguna buat pasukan sebelum aksi kembali bersambung semula.

Sumber:
Foto: Sri Pahang FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN