Joao Pedro Konsisten Selaku ‘Mesin Gol’ Baharu Sabah

Siapa sangka selepas keluarnya bekas penyerang Sabah iaitu Ramon Machado, pasukan itu berjaya mendapatkan seorang pengganti cukup berkualiti kini walaupun baru melalui beberapa perlawanan.

Nama Joao Pedro ketika awal diperkenalkan Sabah telah pun menimbulkan sedikit pertikaian dalam kalangan peminat selepas rekod beliau selaku penyerang begitu tumpul sebelum menyertai Sabah.

Sebelum menyertai Sabah, Pedro sebenarnya telah pun menyertai empat kelab sepanjang karier terutama di Brazil sebelum membuka langkah menyertai saingan utama Vietnam di Asia Tenggara.

Sesuatu agak pelik, apabila Pedro sebelum itu hanya meledak tiga gol sahaja sepanjang beraksi dalam 31 perlawanan peringkat perofesional bersama empat kelab terdahulu.

Kali terakhir Pedro meledak gol sebelum menyertai Sabah pada 30 Mei lalu sewaktu mewakili Viettel FC mengatasi cabaran Hai Phong FC menerusi kemenangan 2-1 di pentas utama Vietnam.

Baki tiga lagi perlawanan diharungi Pedro menyaksikan beliau gagal meledak sebarang gol atau mencipta bantuan jaringan buat rakan sepasukan menerusi data dikeluarkan oleh Transfermarkt.

Malah, hanya bersama Viettel sahaja pemain ini berjaya meledak dua gol daripada 13 penampilan dengan kelab lain menyaksikan pemain tersebut tampil begitu tumpul di hadapan gawang lawan.

Namun, situasi sebaliknya berlaku selepas dirinya menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama Sabah, apabila pemain itu telah pun meledak enam gol daripada enam penampilan semasa buat pasukan tersebut.

Terbaharu, pemain dari Brazil itu sah meledak dua jaringan ketika Sabah berpesta gol 4-1 mengatasi cabaran Kelantan Darul Naim (KDN).

Selain tajam di hadapan gawang gol, Pedro juga menampilkan aksi cukup baik untuk membentuk kombinasi serangan bersama rakan sepasukan lain.

Malah, beliau dilihat cepat menyesuaikan diri bersama corak permainan diterapkan oleh Datuk Ong Kim Swee selain memahami kehendak jurulatih itu di atas padang.

Pada usia dilihat masih muda, Pedro dijangka mungkin akan menjadi projek jangka masa panjang pasukan itu untuk saingan akan datang bersama Sabah.

Apapun, kami mengharapkan pemain tersebut meneruskan kualiti terbaik beliau dan membuktikan dirinya selaku antara pemain paling bernilai kini buat Sabah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN