2 Kelab Hijau Kuning Jadi Mangsa Selangor Dalam Tempoh 10 Hari

Selangor meneruskan kembali momentum positif mereka dalam saingan Liga Super musim 2024/2025 apabila mereka mencipta kemenangan tipis 1-0 mengatasi Kedah Darul Aman (Kedah).

Pada aksi tersebut, The Red Giants memperoleh satu jaringan tunggal pada minit ke-47 menerusi ledakan bintang muda Malaysia iaitu Aliff Izwan Yuslan dan memastikan pelawat memperoleh tiga mata penuh.

Sepanjang aksi berlangsung, Abdifitaah Mohamed Hassan yang memegang tugas sementara selaku pengendali Selangor mencipta beberapa perubahan termasuk kembali meletakkan Faisal Halim dalam kesebelasan utama.

Beberapa rombakan dibuat itu jelas memberi sedikit kesukaran sebenarnya buat Selangor untuk mengatasi cabaran sengit diberikan oleh Kedah.

Tanpa Alvin Fortes, Ronnie Fernandez, serta Nooa Laine, jelas pergerakan serta serangan Selangor dilihat sedikit bergelut sebelum kemasukan Aliff Izwan untuk menghidupkan lagi jentera hadapan mereka.

Menarik untuk diperkatakan mengenai aksi tersebut sudah tentu mengenai siri kemenangan Selangor ke atas dua pasukan yang mengenakan logo berwarna hijau dan kuning dalam tempoh 10 hari.

Bermula dengan kemenangan yang penuh dengan kejutan ke atas Jeonbuk Hyundai pada 23 Oktober lalu, pasukan itu meraih tiga mata seterusnya pula sewaktu menghadapi Kedah.

Ironinya, kedua pasukan itu juga mengenakan logo berwarna hijau kuning walaupun tampil dengan latar belakang serta kualiti cukup berbeza di atas padang.

Jeonbuk Hyundai sendiri merupakan antara pasukan cukup hebat di Asia kini dengan kelab gergasi dari Korea Selatan itu menjadi wakil bagi saingan AFC Champions League Two (ACL 2).

Sementara Kedah pula kini sedang bergelut dengan prestasi semasa serta menghadapi isu dalaman iaitu masalah tunggakan gaji sehingga menyaksikan mereka umpama retak menanti belah.

Selangor bakal menghadapi satu lagi aksi terbaharu menentang Jeonbuk Hyundai dalam saingan ACL 2 akan datang pada 7 November ini pula di gelanggang lawan.

Sudah tentu cabaran seterusnya ini bakal tampil berbeza, namun mereka tetapi memiliki peluang untuk terus meraih keputusan positif menentang kelab berlogo hijau dan kuning itu jika segala perancangan tampil serba lancar.

Apapun, barisan kejurulatihan Selangor memiliki tugas berat pada aksi tersebut, untuk sekurangnya tidak meraih sebarang kekalahan jika mereka bercita-cita untuk mara lebih jauh di pentas Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN