Tiada jalan lain lagi, baik Terengganu atau Penang kedua pasukan tersebut kini perlu menamatkan siri badi tanpa kemenangan sejak beberapa aksi lalu hari ini.
Lebih menarik, kedua pasukan tersebut bakal membuat perhitungan pada hari ini untuk menentukan siapa bakal mendapatkan tiga mata berharga yang cukup diidamkan sejak begitu lama.
Atau, kedua pasukan sekali lagi terpaksa berpuas hati tanpa sebarang kemenangan jika masing-masing sekadar terikat seri bagi perlawanan hari ini.
Untuk rekod, Sang Penyu sudah pun kemarau akan kemenangan sejak lapan perlawanan lalu termasuk di saingan ACC Shopee Cup bagi saingan pentas antarabangsa.
Kali terakhir mereka mencipta kemenangan pada 10 Ogos lalu ketika mereka menewaskan Kuala Lumpur City di gelanggang lawan bagi saingan Liga Super.
Daripada lapan perlawanan tersebut, mereka mencipta lima keputusan seri serta tiga kekalahan bersama aksi cukup tidak menyakinkan di segenap posisi.
Sementara itu Penang pula kali terakhir merasai kemenangan pada 1 Ogos lalu sewaktu pasukan tersebut mengetepikan cabaran Kelantan Darul Naim (KDN) bersama keputusan 3-0 di laman sendiri.
Selepas itu mereka seakan terlups cara untuk meraih tiga mata penuh dengan sekadar merekodkan dua kali seri bersama empat kekalahan.
Lebih perit, Penang mencatat kekalahan besar di tangan Sabah pada aksi terakhir mereka pada 25 Oktober lalu sebelum menghadapi Terengganu pula.
Atas kertas, peluang dilihat lebih terarah kepada Sang Penyu yang memiliki barisan pemain berkualiti serta berada pada kedudukan jauh lebih tinggi jika dibandingkan Penang.
Malah aksi terakhir mereka sebelum itu juga berakhir dengan keputusan seri sewaktu bertemu Perak sebelum bertemu Penang pada hari ini.
Manakala Penang pula perlu memikirkan solusi terbaik mereka terutama daripada segi kualiti penyudah jika mereka memasang impian untuk cuba mendapatkan tiga mata penuh di gelanggang lawan.
Suka atau tidak, mereka tidak boleh mencipta sebarang kekalahan lagi jika ingin memintas atau sekurangnya merapati jurang bersama Kedah Darul Aman (Kedah) dalam carta liga.
Bagaimana pandangan anda mengenai aksi yang bakal berlangsung hari ini di Stadium Sultan Mizan Zainal