‘2 Perlawanan Tampil Konsisten’ – Kualiti Milos Gordic Wajar Dipuji

Penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic secara tiba-tiba berjaya menampilkan aksi cukup positif bersama kelab tersebut, selepas menjadi antara mangsa kritikan sejak awal saingan berlangsung.

Imbas kembali sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula, nama Gordic menjadi antara yang kerap disebut dalam kalangan peminat di media sosial selepas beliau sah diperkenalkan selaku import baharu Sang Kenari.

Nama Gordic menjadi topik perbualan bukan kerana kehebatan beliau selaku mesin gol ketik bersama kelab lamanya, tetapi rekod hambar di hadapan gawang gol menjadi isu utama peminat.

Sebelum menyarung jersi Kedah, Milos hanya meledak 31 gol sahaja daripada 131 penampilan selaku penyerang utama bersama pelbagai kelab diwakili.

Gembar gembur mengenai ketumpulan Milos di Malaysia akhirnya terjawab apabila beliau benar-benar mengalami kesukaran untuk mendapatkan jaringan dalam aksi Liga Super 2024-2025.

Tidak hanya tumpul di hadapan gawang gol, impak diberikan pemain ini juga dianggap sangat mengecewakan sehingga ada menyifatkan Kedah seolah beraksi dengan 10 pemain sahaja.

Kali terakhir Milos membuka akaun jaringan sulung buat Kedah pada 14 Jun lalu ketika Sang Kenari menewaskan Bukit Tambun dalam aksi pembukaan Piala FA.

Selepas itu, Milos hanya mencatat satu bantuan jaringan di pentas Liga Super pada 12 Julai ketika Kedah menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) menerusi keputusan 3-0 di laman sendiri.

Kesabaran Milos buat Kedah nyata berbaloi apabila pemain itu akhirnya membuka akaun jaringan buat pertama kali dalam aksi Liga Super baru-baru ini sewaktu Sang Kenari menghadapi Sabah.

Walaupun Kedah tewas di tangan Sabah, pastinya jaringan dilakar oleh Milos itu sedikit sebanyak menaikkan motivasi beliau untuk terus menampilkan aksi berkualiti.

Malah jika disingkap kembali, pemain dari Serbia itu berjaya mencipta peningkatan dalam permainan sejak aksi bertemu PDRM lalu apabila Milos mempamerkan kualiti permainan cukup menyakinkan.

Usaha jelas membuahkan hasil kini, dan sudah tentu penyerang tersebut berada dalam motivasi terbaik untuk terus memberi sumbangan besar buat bola sepak Sang Kenari selepas ini.

Setakat musim ini, Milos sudah pun beraksi sebanyak 12 perlawanan Liga Super serta merekodkan 1 gol bersama 1 bantuan jaringan secara keseluruhan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN