Pengendali Terengganu Sedia Cipta Rombakan Untuk Hadapi Perak

Selepas tujuh perlawanan tanpa kemenangan, jelas Terengganu perlu mencipta kebangkitan pada aksi hari ini dengan membabitkan kelab itu menentang cabaran daripada Perak bagi saingan Liga Super 2024/2025.

Bermula dengan sangat positif pada awal musim bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, prestasi Terengganu seolah-olah mula goyah selepas itu sehingga mereka kerap keciciran mata di pentas domestik.

Malah, saingan ACC Shopee Cup juga menyaksikan Sang Penyu gagal meraih sebarang kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan sehingga meraih kritikan keras daripada peminat.

Lebih parah, Terengganu juga turut mencipta kekalahan tidak dijangka kepada Kedah Darul Aman (Kedah) lalu tatkala pasukan tersebut tampil serba kekurangan serta dilanda masalah dalaman.

Suka atau tidak, Terengganu tidak memiliki jalan lain dengan hanya kebangkitan sahaja mampu menaikkan kembali motivasi pasukan bawah kendalian Badrul Afzan Razali.

Menurut pengendali itu untuk aksi hari ini, beliau berharap setiap pemain tidak melepaskan sebarang peluang berharga untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

Malah, kesilapan-kesilapan mudah juga perlu dielak jika Sang Penyu memiliki keinginan untuk menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

“Saya ingatkan pemain agar tidak leka selain usah melepaskan peluang untuk menjaringkan gol sebagaimana aksi sebelum ini lebih-lebih lagi kita gagal meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan terdahulu.

“Pada masa sama saya meletakkan harapan yang tinggi agar pemain yang bakal diturunkan nanti mampu menyerlah serta menyerap tekanan dalam misi tiga mata,” ujar pengendali tersebut menerusi perkongsian Harian Metro.

Selain itu, Badrul juga menyatakan beliau sedia mencipta beberapa rombakan dalam kesebelasan utama hari ini untuk menghadapi cabaran Perak.

“Selepas gagal mengutip sebarang mata ketika menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada minggu lalu, kami akan melakukan sedikit rombakan dalam kesebelasan utama pasukan,” ulas beliau lagi.

Melihat kembali pada aksi lalu, posisi serangan Terengganu antara cukup mengecewakan kerana mereka banyak mensia-siakan peluang terhidang untuk mendapatkan gol.

Kemungkinan besar gandingan Nelson Bonilla dan Ismaheel Akinade terus ditagih jurulatih tersebut untuk memastikan kelab itu tampil lebih baik menentang Perak di gelanggang lawan hari ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN