Aksi Lincah Sony Norde Mampu Ranapkan ‘Roadblock’ Daripada PDRM

Kelincahan penyerang lincah Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Sony Norde dianggap mampu untuk memberi mimpi ngeri buat PDRM dalam saingan Liga Super 2024/2025 hari ini di Stadium Darul Aman.

Terdahulu, Kedah mencipta kejutan tidak diduga pada aksi Liga Super lalu ketika pasukan tersebut mengetepikan cabaran Terengganu menerusi kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Cleylton.

Pada aksi tersebut, jaringan tunggal daripada pemain Brazil itu menamatkan siri kemarau tujuh aksi tanpa kemenangan buat Sang Kenari, sekali gus menghadirkan rasa gembira buat para penyokong.

Walaupun begitu, cabaran getir sekali lagi bakal dihadapj Sang Kenari dengan pertemuan seterusnya pula menentang PDRM.

Reputasi PDRM sejak kebelakangan ini dianggap cukup menyakinkan dalam aksi Liga Super, apatah lagi kejayaan kelab itu untuk mengikat seri Selangor 1-1 walaupun diberi tekanan besar oleh lawan.

Melihat kepada perlawanan yang akan berlangsung hari ini, Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan buat kedua pasukan dan dijangka bakal memberi impak besar di atas padang.

Sony Norde (Kedah)

Licik, pantas, serta kreatif menjadikan tiga elemen ini sebagai sumber kekuatan utama Sony sejak awal saingan beliau di pentas Liga Malaysia (Liga M) pada tahun-tahun lalu.

Bersama Kedah, Sony meneruskan konsistensi tersebut untuk menjadikan beliau sebagai aset utama Kedah daripada segi kualiti serangan sejak awal musim dan ia dibuktikan dengan begitu sempurna ketika Sang Kenari mengetepikan Terengganu.

Catatan musim ini menyaksikan Sony telah menghasilkan beberapa gol serta menunjukkan sikap kepimpinan terbaik selaku kapten kelab tersebut.

Ifwat Akmal (Kedah)

Dua perlawanan tampil konsisten selaku penjaga gol utama Kedah, selain satu ‘cleansheet’ telah pun diraih untuk menjadikan pemain ini berada pada motivasi cukup tinggi mengharungi perlawanan akan datang.

Terkenal dengan ketangkasan beliau serta tenang melepaskan sepakan tepat kepada rakan sepasukan, Ifwat dijangka bakal menyukarkan siri serangan berbahaya PDRM.

Malah, beliau juga memiliki pengaruh cukup baik untuk mengatur rakan-rakan pertahanan memperkukuhkan posisi serta pengalaman Ifwat sekali lagi dijangka bakal ditagih Nafuzi Zain untuk memberi kegembiraan buat kem Kedah.

Bruno Suzuki (PDRM)

Nadi utama serangan PDRM sejak musim lalu dan dijangka mampu untuk memberi mimpi buruk kepada kem Kedah jika beliau tidak dirantai sepenuhnya.

Bruno mungkin bukan seorang mesin gol buat PDRM, tetapi kualiti beliau daripada segi gelecekan, kreativiti, serta kerajinan beliau jelas meninggalkan impak besar buat pasukan tersebut di atas padang.

Selain itu, salah satu kemahiran Bruno yang perlu diawasi sepenuhnya sudah tentu mengenai keupayaannya mendapatkan gol dari sudut sukar serta tenang mengatur pergerakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN