“Idola Saya Pastinya TMJ” – Sharnaaz Ahmad

Pemilik Carabat FC yang baharu saja ditubuhkan iaitu Sharnaaz Ahmad mengakui Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sebagai idola beliau dalam dunia bola sepak.

Seperti diketahui, Tunku Ismail merupakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) dan berjaya membawa pasukan tersebut ke suatu tahap cukup tinggi kini di Asia.

Tidak hanya menguruskan JDT sehingga berjaya, baginda juga membawa suatu pengaruh cukup positif sejak beberapa tahun lalu lagi buat bola sepak di Malaysia.

Maka, tidak menghairankan mengapa Sharnaaz yang kini merupakan pemilik kelab bola sepak tampil dengan kenyataan menjadikan Tunku Ismail selaku idola.

“Idola saya dalam kalangan pemilik kelab ini sudah pastinya TMJ. Saya banyak belajar daripada caranya menguruskan kelab.

“Kalau diikutkan, saya bukannya membeli kelab sebaliknya menubuhkan kelab dan bermula daripada bawah. Misi saya adalah memastikan kelab ini terus bersaing dalam liga dan boleh pergi ke peringkat lebih tinggi di masa akan datang.

“Dalam jangka panjang, saya mahu kelab ini mempunyai pasukan di peringkat kanak-kanak dan pasukan wanita,” kata Sharnaaz.

Terdahulu, aktor kelahiran Pulau Pinang ini tampil dengan kejutan selepas nama beliau diumumkan selaku pemilik Carabat FC yang baharu saja ditubuhkan.

Menerusi perkongsian Majoriti, Sharnaaz menjelaskan penubuhan kelab itu dilakukan bersama beberapa rakan lain yang tidak mempunyai pengalaman meluas dalam dunia bola sepak.

“Carabat FC ini ditubuhkan menerusi idea bersama dengan kawan-kawan saya yang turut meminati bola sepak. Kalau diikutkan, kami sangat baharu dalam bola sepak, baru mula secara sepenuhnya pada September.

“Kami mulakan dengan melakukan sesi pemilihan 22 pemain dan daripada situ, kami adakan perlawanan persahabatan dan ALHAMDULILLAH, dengan rekod dua kemenangan diperoleh kami membakar lagi semangat para pemain,” jelas beliau menerusi portal Majoriti.

Pada masa sama, Sharnaaz turut menyatakan pasukannya kini sedang berada dalam proses untuk menyertai kejohanan Liga Super FAS bawah anjuran Persatuan Bola Sepak Selangor.

“Liga Super FAS ini sangat berprestij buat kelab-kelab amatur dan kami berminat untuk menyertainya. Buat masa sekarang kami masih dalam proses rundingan dengan FAS untuk memenuhi beberapa kriteria yang diperlukan. Namun begitu, semuanya berjalan dengan lancar.

“Ia adalah misi jangka pendek buat Carabat untuk layak bertanding dalam liga,” ujar Sharnaaz yang terkenal suatu ketika dalam filem Juvana selaku Lan Todak.

Sumber:
Majoriti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN