Hector Bidoglio Gembira JDT Mampu Beri Tekanan Buat Lawan

Pengendali utama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Hector Bidoglio tampil tenang walaupun skuad kendaliannya itu mencipta kekalahan 1-3 kepada Gwangju FC dalam saingan ketiga AFC Champions League Elite (ACLE).

Pada aksi tersebut, JDT selaku wakil dari Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan dua gol pantas daripada penyerang berbisa tuan rumah iaitu Jasir Asani sehingga memberi sedikit kesan buat corak permainan mereka.

Walaupun begitu bintang pertahanan Harimau Malaya, Feroz Baharudin tampil memberi harapan kepada pasukan pelawat menerusi jaringan beliau sebelum menutup aksi separuh masa pertama.

Saat kebangkitan ingin dicipta JDT pada separuh masa kedua, gol sendiri daripada pertahanan import mereka iaitu Park Jun-heong memadam hasrat pelawat untuk sekurangnya meraih satu mata ke atas wakil Korea Selatan itu.

Keputusan tersebut meletakkan JDT buat pertama kali pada tahun ini mencipta kekalahan mereka selepas ia dipertahankan dengan begitu baik sejak awal saingan berlangsung.

Walaupun mencipta kekalahan, Bidoglio enggan meletakkan kesalahan kepada para pemainnya serta menyatakan ia bukanlah pengakhiran buat JDT di pentas Asia.

“Kami cuba bangkit dengan jaringan Feroz (Baharudin) dan menguasai permainan tapi gol sendiri Park (Jun-heong) terus menutup peluang untuk mencari sekurang-kurang keputusan seri.

“Namun saya enggan salahkan mana-mana pemain sebaliknya nasib tidak menyebelahi JDT,” jelas Bidoglio menerusi perkongsian daripada Harian Metro.

Pada masa sama, pengendali berpengalaman itu juga tampil berpuas hati akan persembahan telah dipamerkan JDT ketika berdepan jaguh dari Korea Selatan itu.

“Ia perlawanan sukar tetapi saya berpuas hati dengan persembahan pemain. Pasukan lawan berjaya mendapatkan gol awal tetapi kami tidak hilang fokus dan mengekalkan penguasaan bola.

“Apa yang boleh saya katakan keputusan di babak pertama selepas ketinggalan 2-1 tidak menggambarkan keseluruhan permainan JDT.

“Di babak kedua, kami menggerakkan bola dari kiri ke kanan namun sukar menembusi benteng lawan. Cuma saya gembira pemain JDT kerap beri tekanan terhadap pasukan lawan,” kata beliau lagi.

Pada masa sama, Bidoglio juga menegaskan mereka akan memperbaiki segala kelemahan serta optimis untuk tampil lebih berkualiti bagi mengharungi aksi seterusnya di pentas Asia.

“Saingan ACLE begitu kompetitif dan semua pasukan kami hadapi adalah sukar. Kami perlu berkerja lebih keras selepas ini dan kami mempunyai skuad yang bagus untuk terus beri cabaran,” ujar beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN