Nama Ifwat Akmal Kini Terus Dijulang Penyokong Kedah

Nama penjaga gol berpengalaman, Ifwat Akmal nampaknya terus dijulang penyokong Kedah Darul Aman (Kedah) kini selepas aksinya memastikan Sang Kenari mendapat tiga mata berharga ketika berdepan Terengganu.

Dalam saingan Liga Super berlangsung baru ini, Ifwat terus diletakkan dalam senarai kesebelasan utama selepas posisi penjaga gol sebelum itu ditinggalkan oleh Kalamullah Al-Hafiz yang menyertai Selangor.

Dua kali disenaraikan dalam kesebelasan utama, refleksi bekas penjaga gol Harimau Malaya itu jelas tidak ‘berkarat’ apabila beliau menampilkan kualiti yang sangat baik buat Sang Kenari.

Pada aksi terbaharu menentang Sang Penyu, kelibat Ifwat beberapa kali memastikan Kedah terselamat daripada dibolosi menerusi tepisan serta gerakan pantas dirinya menyelamatkan keadaan.

Malah percubaan minit akhir daripada penyerang lawan yang dianggap cukup berbahaya juga berjaya diselamatkan beliau demi mengesahkan tiga mata penting buat Kedah.

Buat pasukan pelawat pada malam itu, pastinya kelibat Ifwat menjadi mimpi buruk buat mereka walaupun pengendali Terengganu, Badrul Afzan Razali menyenaraikan barisan serangan berkualiti seperti Nelson Bonilla serta Ismaheel Akinade.

Kemasukan penyerang import gantian seperti Nnabuike Chukwu juga gagal memastikan serangan Terengganu tampil lebih tajam untuk menghentikan momentum positif daripada Ifwat.

Di media sosial, rata-rata peminat tampil memberikan pujian penuh kepada penjaga gol itu dengan ada turut menyifatkan fizikal beliau tidak menghalang Ifwat untuk tampil lincah menyelamatkan gawangnya.

“Ifwat dari dulu memang bagus, tetapi penyokong kedah ni ramai yang toksik. Kawan tu silap sikit dia orang kutuk sampai tak bernafas kawan tuu.. Kedah biasa laa, penyokong toksik paling ramai di Malaysia,” komen Aas di media sosial rasmi Sang Kenari.

“Dulu memang dia sandaran pun, lepas cedera ja dia jarang turun dan la ni dia masih jadi pilihan. Alhamdulillah, semoga tetap kekal bersama KDA. Terus cemerlang,” puji Nur Hasmida.

“Tu La dah habaq kat hangpa, tak bagi peluang kat keeper lagend untuk buktikan. Debab bukan sebarang debab tengok last minit supersave. Tapi ex keeper Kedah dok Selangor last minit bocor,” ujar Haiqal Putra pula.

“Ifwat ni okey,banyak aksi bola yang dia save sebelum ni,cuma beliau tak dapat pamerkan kesebelasan utama,mungkin ni bukti kepada sang kenari yang ia mampu lagi berbisa selaku penjaga goal untuk kedah malam ni (semalam) game rancak,” puji Fairol Akhmal.

Kami di Semuanya BOLA juga turut kagum akan kualiti dipamerkan Ifwat sambil mengharapkan segala kemelut melanda pasukan berkenaan dapat diselesaikan supaya para pemain tampil cemerlang seperti Ifwat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN