Jadon Sancho Perlukan 45 Minit Sahaja Untuk ‘Dimaki’ Penyokong Chelsea

Pemain serangan Chelsea iaitu Jadon Sancho antara pemain yang mendapat perhatian pada aksi semalam membabitkan kelab itu menentang Liverpool dalam saingan English Premier League (EPL).

Sepanjang aksi berlangsung, Sancho yang juga merupakan bekas pemain Manchester United dibawa turun dalam kesebelasan utama selaku sayap kiri untuk membentuk gandingan bersama Cole Palmer, Nicholas Jackson, serta Noni Madueke di posisi serangan.

Malangnya Sancho gagal menampilkan kualiti permainan diidamkan para peminat seperti ditunjukkan beliau pada aksi terdahulu untuk memberi impak sepatutnya kepada serangan Chelsea.

Menerusi statistik 45 minit dikongsikan oleh Utddoja di media sosial X, beliau gagal melepasi pemain lawan sebanyak tiga kali dalam situasi gelecekan sehingga mengundang kecaman peminat.

Menyertai Chelsea pada saingan musim ini, beliau telah beraksi sebanyak enam perlawanan dan menyumbang tiga bantuan jaringan buat pasukan tersebut.

Kemasukan bekas bintang kebangsaan England ini pada awalnya memberi reaksi cukup positif dalam kalangan menerusi impak beliau untuk membantu rakan sepasukan lain menghasilkan jaringan.

“Macam mana kamu boleh gagal dalam tiga kali pertembungan bersama Trent?,” komen Steve mengenai prestasi dipamerkan Sancho semalam di media sosial X.

“Mereka akan sedar juga kenapa Manchester United sanggup pinjamkan beliau kepada Chelsea pada saingan musim ini,” ulas Chuks Ohax.

“Bila Sancho sertai Chelsea pada awalnya netizen sukakan beliau, kini mereka dah mula bencikannya semula?” soal The Art, Show.

Pada aksi tersebut, kelemahan Sancho disedari oleh Enzo Maresca yang bertindak pantas untuk menukarkan beliau di awal separuh masa kedua kepada Pedro Neto.

Walaupun tampil menguasai permainan serta mencetuskan banyak peluang gol, Chelsea gagal untuk meraih sebarang mata ketika bertemu The Reds.

Malah, Cole Palmer juga gagal untuk memberikan impak lebih besar pada aksi itu dengan dirinya sentiasa dikawal rapi oleh pemain pasukan lawan sepanjang aksi berlangsung.

Perlawanan itu berkesudahan dengan Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Chelsea menerusi dua jaringan daripada Mohamed Salah serta Curtis Jones, sementara pelawat mendapat satu gol tunggal hasil ledakan Nicholas Jackson.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN