‘Main Serupa Tak Ada Gaji’ – Terengganu Patut Malu Setelah Diaibkan Kedah

Apa masalah utama Terengganu? Tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan setelah ia diteruskan semalam ketika membabitkan kelab berkenaan menentang Kedah Darul Aman (Kedah).

Lebih malang buat Sang Penyu, pasukan itu tampil dengan kekalahan terbaharu pula di tangan Kedah menerusi keputusan 0-1 bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Daripada lima aksi Liga Super, pasukan itu hanya memperoleh tiga mata sahaja daripada tiga keputusan seri serta dua kekalahan yang sebenarnya dianggap tidak wajar.

Kenapa tidak wajar? Terengganu menjadi antara pasukan yang tidak memiliki isu tunggakan gaji atau masalah kewangan jika dibandingkan nasib Kedah kini.

Kedah yang dianggap hampir ‘mati’ dalam kalangan peminat tampil mencipta kejutan kepada salah satu kelab yang tidak mengalami sebarang isu dalaman.

Malah, Terengganu juga boleh dikatakan memiliki barisan pemain lebih berkualiti kini jika dibandingkan oleh Kedah yang serba kekurangan termasuk di bangku simpanan.

Azam Azmi, Safwan Mazlan, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, dan Engku Shakir antara nama pemain tempatan yang berkualiti sebenarnya termasuk tonggak import seperti Manuel Ott serta Nelson Bonilla.

Siapa harus dipersalahkan sebenarnya atas isu konsistensi Terengganu kini selepas ketiadaan Tomislav Steinbruckner yang sebelum itu diletakkan selaku punca kelemahan Sang Penyu?

Di media sosial, seperti dijangka peminat-peminat bola sepak Sang Penyu menghamburkan kritikan bertali arus umpama peluru senapang yang tiada henti atas rasa ketidak puasan hati mereka.

“Memalukan..kalah dgn pasukan yg penuh dengan masalah..taktikal mengarut, gameplay yang hanyut..entah la..apa lagi yang pemain mahukan..jurulatih lama dah pecat, wat naik jurulatih baru masih sama je gameplay,” komen Hafeez Mohammed.

“Seperti diramal TFC Skrip kesilapan yg sama masih berlaku Walaupun bertukar Coach, Marking sesama sendiri Tu punca kelemahan paling ketara Dan Bahagian Pertahanan masih berlaku kesilapan. Gameplay masih sama lambat panas Bahagian Tengah masih terkial mula gerak Dan Bahagian Serangan kekal tumpul,” ulas Izat Kimie.

“Memang silap besor ah out kan Tomi. Terbukti bukan Tomi yang bermasalah. Tomi tu timing je dok kena sebab lawan pasukan kuat berturut-turut. Ni lawan pasukan boikot latihan pun kaloh. Belum kira Mamut lagi tubek TFC pasni sebab Tomi tadok. Rugi laa,” luah Sawal Shaari pula.

Secara keseluruhan, butang panik kini wajar ditekan pengurusan Terengganu selepas pasukan itu gagal memberi sebarang kemenangan selepas tujuh perlawanan telah dilalui.

Bermula dengan sangat baik pada awal musim, kini nasib Sang Penyu dilihat terkontang kanting ibarat sebuah pasukan yang memiliki pelbagai isu luaran berbanding kelab bermasalah seperti Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN