‘Realiti Bola Sepak Di Malaysia Kian Tenat & Hilang Seri’ – Apa Solusi Terbaik?

Benarkah bola sepak di Malaysia kini semakin hilang seri dalam kalangan peminat? Persoalan yang hanya anda sendiri sebenarnya boleh menafsirkannya mengikut apa dirasakan selama ini.

Entah mengapa, di media sosial kini lebih ramai berkongsikan detik-detik indah dalam kenangan dan perkara itu tidak dapat dilihat pada musim-musim baharu.

Selain dikatakan makin hilang seri, salah satu faktor peminat kurang mengambil cakna akan dunia bola sepak di Malaysia kini mungkin disebabkan faktor kebanyakan kelab tempatan hadapi isu gaji.

Stanley Bernard Sengaja Sembunyi Isu Tunggakan Gaji Pemain KL City?

Musim ini sahaja menyaksikan beberapa kelab terpalit dengan isu gaji seperti Kedah Darul Aman (Kedah), Kuala Lumpur City (KL City), Perak dan beberapa kelab lain dijangka bakal menghadapi isu serupa pada masa mendatang.

Timbul cadangan untuk menjadikan saingan liga kembali pada suatu ketika iaitu Semi Pro seperti di pentas A1 sekarang supaya isu kewangan mampu diatasi.

Tapi benarkah saingan Semi Pro tiada isu tunggakan gaji dalam kalangan pemain atau masalah kewangan?

Menurut Ammar Azhar, saingan Semi Pro juga sebenarnya tidak terlepas daripada isu masalah gaji jika dibandingkan oleh kelab-kelab Liga Super sekarang.

Malah, beliau turut memberi panduan berguna untuk kebanyakan kelab mengurangkan beban perbelanjaan mereka setiap musim.

“Orang dok bercakap Liga Super problem sampai membuatkan banyak kelab ada masalah gaji tapi di Liga Semi Pro pun ada banyak juga kelab masalah gaji.

“So adakah dengan langkah kelab kembali ke status Semi Pro macam dulu akan menyelesaikan masalah?

“Kalau dulu syarikat rokok tak taja, entah-entah pun akan ada masalah gaji juga macam sekarang. Bagi saya isu ni nak selesaikan, kelab boleh bermula dengan 2 cara dulu:-

Kurangkan kos perbelanjaan diatas padang

“Kos yang paling besar bagi sesebuah kelab adalah kos diatas padang. Khususnya gaji pemain. Kos ni dapat dikurangkan dengan menggunakan lebih banyak pemain tempatan berbanding import.

“Pemain import memang bagus tapi kita kena terima hakikat yang ianya memakan kos yang tinggi.

“Selain tu kelab kena berani menggunakan pemain-pemain muda. Kalau ambil ex national player bukan tak boleh tapi kena ambil berpada-pada la dan gabungkan dengan majority pemain muda.

Tingkatkan pendapatan kelab

“Jangan tumpukan sepenuh usaha dekat tarik sponsor kerana ia hanya akan membazir resource. Instead, cuba perbanyakkan revenue stream. Kelab bola tak semestinya hanya meniaga merchandise dan jersi sahaja.

“Apa salahnya jual daging perap, jual skincare, jual sambal pulak. Gunakan kelab bola sebagai platform pemasaran.

“Banyak benda boleh diniagakan dan latih pemain bola bukan sekadar bermain bola sahaja. Pemain boleh dilentur menjadi content creator juga untuk kelab bagi memasarkan produk-produk yang kelab jual.

‘Hanya 4 Keping Tiket Terjual’ – Adakah Penyokong Kedah Sudah ‘Mati’ Buat Kelab?

“Selain tu banyakkan peluang kerjasama. Jangan kerek hanya nak JV dengan company besar je. Nego berbulan lepas tu tak jadi kan padan muka. Banyak je syarikat kecil jika di tawarkan peluang kerjasama dengan kelab bola, mudah saja mereka agree. Ambil komisyen per jualan.

“Kalau suruh diorang bayar 10k dulu baru boleh kerjasama, siapa je yang nak. Suka atau tidak, realiti kelab bolasepak sekarang ni sebenarnya semakin tenat.

“Masing-masing buntu kerana dah terbiasa dapat subsidi, dapat bantuan, dapat dana, dan terbiasa berkerja cara lama.

“Kalau berkerja cara lama, hasilnya pun sama je la macam dulu. Itu yang kelab dah 100 tahun pun masih tak ada perubahan. Kelab bolasepak kena berubah. Fans dah semakin matang.

“Dulu hiburan tak banyak maka mudah kerja nak penuhkan stadium. Sekarang hiburan bersepah-sepah. Peminat bola boleh pilih nak tengok EPL ke, Bundesliga ke, Serie A, hatta Liga Arab sekalipun dengan mudah.

“Gate attendance tu bonus sahaja. Punca pendapatan utama harus datang dari perniagaan kelab bola itu sendiri.

“Dan usaha ini harus bermula walaupun main Liga Komuniti, Liga Amatur, dan Liga Semi Pro,” kongsi pendapat beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN