Penyerang Baharu Terengganu Ditimpa Isu Kecederaan Lagi?

Penyerang import Terengganu baru sahaja ditandatangani pada jendela perpindahan kedua lalu iaitu Nelson Bonilla dilaporkan mengalami sedikit kecederaan sebelum mengharungi aksi berdepan Kedah Darul Aman (Kedah).

Terdahulu, Sang Penyu memiliki cabaran getir pada aksi Liga Super 2024/2025 hari ini di Alor Setar, apabila pasukan tersebut bakal menghadapi Kedah yang bertindak selaku tuan rumah.

Selepas empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan di pentas Liga Super, sudah tentu para penyokong kelab tersebut mengharapkan supaya skuad kendalian Badrul Afzan Razali mampu kembali bangkit pada malam ini.

Kali terakhir Sang Penyu meraih tiga mata penuh pada 10 Ogos lalu ketika mereka menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) menerusi keputusan 2-0 di Cheras.

Selepas itu, segalanya tampil serba tidak menjadi dengan mereka sekadar merekodkan tiga kali seri serta satu kekalahan di tangan Selangor walau beraksi di halamab sendiri pada 28 September lalu.

Melihat kepada prestasi semasa Kedah, jelas Terengganu tidak boleh untuk terus keciciran sebarang mata lagi jika ingin mengekalkan kedudukan semasa mereka di tangga ketiga Liga Super.

Selain Liga Super, Terengganu juga sejak kebelakangan ini tampil serba tidak menjadi dan mereka sudah lama tidak merasai sebarang kemenangan sejak enam perlawanan lalu termasuk aksi ACC Shopee Cup.

Terbaharu, status semasa penyerang import baharu mereka pula dilaporkan mengalami kecederaan selepas pulang daripada tugasan antarabangsa bersama El Salvador.

“Persiapan untuk memburu tiga mata berjalan dengan lancar terutama semua pemain bebas daripada sebarang penggantungan perlawanan.

“Bagaimanapun seorang pemain import, Nelson Bonilla mengadu mengalami kesakitan selepas pulang daripada tugasan perlawanan antarabangsa bersama pasukan negaranya baru-baru ini.

“Namun begitu kecederaan yang dialami penyerang kelahiran El Salvador itu tidak begitu membimbangkan, tapi kita akan menilai tahap kesihatannya pada hari ini sama ada boleh disenaraikan ataupun sebaliknya.

“Jika pemain itu tidak dapat diturunkan, kita akan melakukan rombakan kecil dalam kesebelasan utama bagi memastikan misi kita berjaya,” ujar beliau menerusi laporan Berita Harian.

Jika Nelson diketepikan pada aksi ini, jelas hanya Ismaheel Akinade pemain paling sesuai menggalasa tugas kesebelasan utama sambil dibantu seorang lagi penyerang import, Nnabuike Chukwu.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN