Hwang Ui-jo Bakal Ikat ‘Kontrak’ Bersama Prison FC Selama 4 Tahun?

Bintang bola sepak Korea Selatan iaitu Hwang Ui-jo dilaporkan mungkin terpaksa melupakan karier beliau dalam dunia sukan tersebut selepas ini selama empat tahun, kerana dirinya bakal dimasukkan ke penjara.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh The Korea Times, Pendakwa raya pada hari semalam telah menuntut hukuman penjara selama empat tahun kepada Hwang Ui-jo atas tuduhan merakam video seksualnya bersama dua wanita secara haram, menurut pegawai yang telah mengesahkan perkara tersebut.

Penyerang untuk kelab bola sepak profesional dari Turki iaitu Alanyaspor tersebut telah didakwa kerana merakam mangsa tanpa kebenaran mereka sebanyak empat kali pada tahun 2022.

Kes ini bermula pada bulan Jun tahun lalu apabila Hwang membuat aduan terhadap ipar perempuannya kerana berkongsi gambar intim beliau bersama wanita lain di Instagram serta turut memeras ugut pemain tersebut.

Semasa siasatan sedang dilakukan, polis menemui bukti yang mengaitkan Hwang dengan tindakan haram tersebut serta telah menahan beliau untuk disiasat.

“Mangsa pasti mengalami kesakitan serta penghinaan yang cukup besar , dan mereka telah menjadi mangsa akibat penyebaran video tersebut,” kata pihak pendakwa semasa pendengaran akhir menerusi perkongsian laman tersebut.

“Saya ingin mengucapkan permohonan maaf kepada semua yang telah pun terjejas akibat tindakan salah telah dilakukan saya.

““Saya juga ingin memohon maaf kerana telah mengecewakan orang-orang yang sudah menyokong dan menyayangi saya dengan tingkah laku tidak wajar ini,” kata Hwang pula yang menjadi antara bintang bola sepak di Asia.

Untuk rekod, beliau memulakan karier profesional di Seongnam FC pada tahun 2013 serta telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjaringkan 15 gol pada musim 2015, yang membawanya menyertai pasukan senior kebangsaan.

Hwang kemudian berpindah ke Gamba Osaka di Jepun sebelum menyertai Bordeaux di Liga 1 Perancis pada tahun 2019, di mana beliau menjadi penjaring terbanyak kelab tersebut.

Pada Ogos 2022, Hwang berpindah ke Nottingham Forest di England untuk saingan Premier League tetapi tidak mendapat peluang bermain dan dipinjamkan ke Olympiacos di Greece.

Selepas mengalami kesukaran di sana, beliau kembali ke K League untuk beraksi buat FC Seoul dan kemudian dipinjamkan kepada Norwich City. Hwang kini bermain untuk Alanyaspor di Turki setelah pinjamannya berakhir pada Mei 2024.

Melihat kepada keadaan terkini, jelas kehilangan Hwang memberi tamparan besar buat skuad bola sepak Korea Selatan selepas impak positif pernah diberikannya sebelum itu buat negara berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN