‘Sekadar Hebat Tackle Garnacho’ – Penyokong Indonesia Kritik Aksi Buruk Asnawi Mangkualam

Indonesia secara rasminya mencipta kekalahan sulung mereka di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi peringkat Kumpulan C, selepas pasukan itu diaibkan oleh China menerusi keputusan 1-2.

Beraksi di gelanggang lawan, Indonesia tampil dengan begitu bersemangat sebenarnya untuk mengatasi lawan menerusi corak permainan terbuka serta pantas menekan pertahanan China.

Namun, atas beberapa kesilapan individu yang dilakukan jelas memberi peluang terbuka buat China untuk mendapatkan dua gol pada babak separuh masa pertama.

Walaupun cuba mencipta kebangkitan di separuh masa kedua, segalanya tampak masih belum cukup buat Sang Garuda untuk sekurangnya membawa pulang satu mata dari gelanggang lawan.

Melihat kepada kekalahan tersebut, nama pertahanan Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam antara yang teruk diserang oleh para penyokong Indonesia di media sosial jika dibandingkan pemain-pemain lain.

Apa tidaknya, pada aksi tersebut terutama sekali di babak separuh masa pertama menyaksikan Asnawi tampil dengan kualiti permainan cukup tidak menyakinkan serta menjadi lubuk buat pemain lawan.

Antara dipertikaikan sudah tentu pada aspek kawalan bola beliau yang sangat lemah, lambat membantu serangan, kerap membuat hantaran ke belakang, serta tidak memberi tekanan lebih tinggi buat lawan.

Jika lihat pada media sosial, kebanyakan penyokong tampil memberi kritikan pedas kepada beliau dan menganggap perjalanan semasa Indonesia terencat kerana Asnawi.

“Si asnawi suruh jadi striker ajah pertahanan di tinggal2 terus out asnawi,” komen peminat yang bernama Zoonkk Izoonkk di ruangan Timnas Indonesia.

“witan lumayan. Asnamwi parah pasing ga bermutu semua ada bermutu cuman bisa back pas ke belakang,” kata Sena Ramadhan pula mengenai pemain tersebut.

“Asnawi beberapa kali melakukan kesalahan dalam menyerang,” kritik Angga Satriana pula kepada pemain Port FC dalam saingan utama Thailand itu.

Untuk rekod, Asnawi suatu ketika pernah menjadi pujaan peminat bola sepak Indonesia ekoran aksi cemerlang beliau dalam perlawanan persahabatan membabitkan negara itu menentang Argentina.

Pada aksi persahabatan lalu, Asnawi beberapa kali memberi kesukaran kepada bintang Manchester United iaitu Garnacho sehingga meraih pujian ramai peminat di media sosial.

Namun kini, nama beliau sekali lagi ‘trending’ di media sosial ekoran aksi buruk ditampilkan Asnawi ketika Sang Garuda menghadapi cabaran China sehingga mencipta kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN