Senarai Manga Dari Jepun Berpaksikan Tentang Sukan Bola Sepak

Bola sepak merupakan sukan yang sangat terkenal di seluruh dunia serta memberi banyak inspirasi buat orang ramai sejak dahulu lagi untuk melibatkan diri selaku pemain, pengurusan, serta sebagai penyokong.

Ada juga yang mengekspresikan sukan tersebut dalam bentuk animasi serta sebagai karya demi memberi inspirasi serta galakan buat orang lain menceburkan diri dalam dunia bola sepak.

Di negara Jepun, anime berkenaan bola sepak juga sangat terkenal dan ada sesetengahnya begitu popular di Malaysia menerusi jalan cerita serta konsep dilakar begitu menarik untuk terus diikuti.

Semuanya BOLA tampil untuk menyenaraikan beberapa anime atau manga berkisarkan bola sepak yang dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya di Jepun sebagai rujukan buat mereka di luar sana yang ingin menonton atau membaca karya dari Jepun.

Captain Tsubasa

Tidak dapat dinafikan lagi, siri ini begitu popular di dunia terutama di Malaysia dengan membabitkan peminat-peminat otai yang kini mungkin sudah bergelar seorang bapa.

Siri ini berkisarkan tentang seorang remaja lelaki yang bernama Tsubasa memasang impian untuk memenangi Piala Dunia bersama Jepun.

Pada usia masih muda, Tsubasa memiliki bakat cukup besar untuk menarik perhatian sekeliling sebelum dirinya memulakan perjalanan ke arah dunia profesional.

Blue Lock

Siri ini boleh dianggap sangat popular kini untuk generasi baharu dalam membabitkan sukan bola sepak kerana konsep diperkenalkannya boleh dikatakan sangat unik.

Ianya bermula dengan Isagi Yoichi yang bertekad untuk melupakan siri kegagalannya dalam dunia bola sepak selepas beliau diundang menyertai Akademi Blue Lock.

Tanpa beliau sedar, akademi tersebut bakal mengubah hidup Isagi yang sebelum ini sering gagal dalam dunia bola sepak untuk menjadi terkenal di seluruh Jepun.

Ao Ashi

Cerita ini memfokuskan kepada Ashito Aoi yang dibuang pasukan selepas sikap panas barannya sendiri yang memeningkan rakan sepasukan serta kejurulatihan.

Sehingga suatu hari Aoi secara tidak sengaja bertemu dengan salah seorang pencari bakat untuk salah satu kelab terkenal yang menjemput beliau untuk menyertai akademi pasukan tersebut.

Inazuma Eleven

Endou Mamoru merupakan seorang remaja yang sangat cintakan bola sepak selepas beliau membaca sejarah datuknya yang suatu ketika merupakan nama besar dalam industri tersebut di Jepun.

Selepas menyertai Raimon Eleven, dia sedar harapan untuk mewujudkan pasukan bola sepak di sekolah tersebut sangat sukar kerana ia dianggap sudah ‘mati’.

Berbekalkan semangat cekal, Endou mula mencari rekrut terbaharu dan menjadikan stor sekolah sebagai tempat perhimpunan mereka dan perjalanan sukar Endou berbaloi apabila beliau berjaya mewakili Jepun ke pentas dunia.

Meoro! Top Striker

Hikaru merupakan remaja berusia 13 tahun yang sangat suka akan sukan bola sepak dan sentiasa berusaha untuk berkembang menjadi lebih baik.

Berbanding menyertai pasukan terbaik, Hikaru menyertai kelab lemah dalam usaha untuk mencari cabaran lebih hebat bersama rakan sepasukan lain demi menjadi bintang bola sepak profesional.

Selain manga dan anime di atas, masih ada beberapa lagi karya berkenaan bola sepak dari Jepun seperti Victory Kickoff, The Knight In The Area, Clean Freak! Aoyama Kun!!, Kickers, Fantasista, dan lain-lain.

Malah, Malaysia juga turut mempunyai animasi bola sepak tersendiri suatu ketika iaitu Bola Kampung dan dianggap sangat terkenal dalam kalangan remaja sehingga kini.

Ia berkisarkan perjalanan Iwan yang mempunyai bakat bola sepak cukup besar dalam dunia bola sepak namun dihalang oleh bapanya untuk menceburkan diri dalam sukan tersebut.

Perjalanan Iwan berbaloi apabila beliau berjaya menjadi tunjang penting buat Selangor dan menjadi antara bintang muda berpotensi besar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN