Pau Marti Sedia Cipta ‘Eksperimen’ Untuk Uji Muka Baharu Malaysia

Pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente dilaporkan sedia mencipta eksperimen buat kem Malaysia menjelang aksi persahabatan membabitkan Harimau Malaya di Auckland, New Zealand.

Ketika ini, kem Malaysia sudah pun tiba di sana dengan lebih awal dengan persediaan rapi sudah dicipta Pau Marti untuk mencipta persefahaman sesama pemain serta mencatur taktikal berkesan demi menghadapi pasukan tuan rumah.

Malah, Harimau Malaya juga bakal menguji salah satu kelab tempatan di sana pada Jumaat ini sebagai medan pemanas badan serta dianggap bersesuaian buat pengendali dari Sepanyol itu menguji gandingan bahatu negara.

Malah, beliau sendiri mengakui bakal menggunakan aksi persahabatan tersebut dengan sebaik mungkin dengan berkemungkinan akan memberi peluang kepada muka baharu untuk menampilkan aksi mereka di atas padang.

Melihat kepada senarai nama pemain Harimau Malaya baru ini, Pau Marti telah pun menyenaraikan tiga bakat muda iaitu Haziq Aiman Mohd Esa, Haykal Danish Mohd Haizon, serta penjaga gol berbakat besar Selangor, Azim Al Amin.

Daripada segi kepada prestasi semasa, ketiga pemain ini memiliki potensi untuk mencipta penampilan sulung buat skuad senior Harimau Malaya pada aksi persahabatan ini.

Pemain lain menyaksikan Pau Marti kembali meletakkan pemain tengah berpengaruh mereka iaitu Stuart Wilkin yang dijangka akan membentuk gandingan positif bersama Endrick dos Santos di bahagian tengah serangan.

“Kita akan menentang aksi persahabatan dengan kelab liga New Zealand yang kuat. Saya rasa ini peluang buat pemain menunjukkan kemampuan dan meraih minit permainan.

“Kita berpeluang menilai kemampuan pemain terutama tonggak baharu dalam aksi itu apabila bukan semua dapat diturunkan dalam satu-satu perlawanan.

“Tapi saya rasa ini peluang terbaik untuk pemain tunjukkan sesuatu. Untuk barisan kejurulatihan, kami gembira dengan peluang diberikan (bagi mengadakan aksi persahabatan dengan kelab utama),” kata beliau menerusi Harian Metro.

Terdahulu, Malaysia terpaksa berdepan kelab tempatan di New Zealand selepas Persatuan Bolasepak Malaysia menyatakan mereka tidak dapat mencipta aksi persahabatan bersama negara lain sekitar Oceania atas komitmen tersendiri.

Walaupun begitu, Zulhelmi Zainal Azam selaku wartawan Astro Arena menyatakan Auckland FC bakal dihadapi oleh kem Harimau Malaya sebelum mereka menghadapi aksi menentang New Zealand.

Sudah tentu Pau Marti bakal mempersiapkan para pemainnya sebaik mungkin sebelum menghadapi aksi sebenar nanti yang akan memberi impak buat jumlah pungutan mata mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN