Tan Cheng Hoe Impi Teruskan Kerjaya Di Luar Negara

Pengendali bola sepak berpengalaman iaitu Tan Cheng Hoe menyuarakan hasratnya pada masa hadapan untuk meneruskan karier beliau dalam bidang kejurulatihan profesional di luar negara.

Terdahulu, Tan mencipta sejarah tersendiri dalam dunia kejurulatihan tempatan apabila beliau ditandatangani Police Tero FC di Thailand bagi saingan divisyen pertama.

Walaupun begitu, sentuhan Tan dianggap kurang berkesan selepas pasukan itu terpaksa beraksi dalam saingan divisyen kedua musim ini serta khidmat beliau tidaj lagi diperlukan kelab berkenaan.

Sehingga kini, tanda tanya terus tercetus dalam kalangan peminat selepas Tan masih lagi belum menguruskan mana-mana kelab walaupun dirinya masih lagi relevan menerusi kepakaran taktikal permainan bola sepak moden diterapkannya.

Jelas beliau, hasrat untuk meneruskan karier selaku jurulatih masih lagi ada walaupun dirinya belum memutuskan destinasi seterusnya pada masa terdekat.

Tan Cheng Hoe Wajar Kekal Di Thailand Atau Kembali Ke Malaysia?

Malah, impian terbesar Tan kini adalah untuk meneruskan karier di luar negara serta tidak tergesa-gesa bagi menilai sebarang tawaran daripada kelab yang mahu khidmatnya selaku jurulatih.

“Saya belum putuskan apa-apa, kalau ada peluang saya nak teruskan kerjaya di luar negara lagi. Saya tak tahu berapa lama saya akan dapat tawaran itu tapi kerja jurulatih memang macam itu. Kita tak boleh tergesa-gesa, kena sabar,” jelas beliau menerusi Berita Harian.

Selain itu, nama bekas pengendalj Selangor itu turut dikaitkan kini bersama Terengganu yang sudah pun melepaskan khidmat Tomislav Steinbruckner atas persetujuan bersama.

Di media sosial, nama Tan antara yang sering menjadi bualan peminat dengan kebanyakan menganggap bekas jurulatih utama Kedah itu memiliki keupayaan menaikkan semula nama Sang Penyu.

Walaupun begitu, Tan menafikan khabar angin tersebut dan beliau mengakui tidak mendapat sebarang perkhabaran daripada pengurusan kelab berkenaan untuk melamarnya.

Saya pun tak tahu apa berita pun dan saya tak dengar apa-apa berita dari Terengganu FC. Jadi saya fikir itu khabar angin sahaja,” katanya lagi mengenai spekulasi tersebut.

Ketika ini, Sang Penyu masih lagi belum mengisi kekosongan posisi jurulatih utama mereka dengan Badrul Afzan Razali mengambil tugas itu seketika sebagai pengendali kelab.

Badrul juga kini turut dibantu oleh bekas pemain berpengaruh Harimau Malaya iaitu Hairuddin Omar untuk bersama-sama mengendalikan Terengganu dalam saingan domestik serta kejohanan ACC Shopee Cup yang masih berlangsung.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN