Syamer Kutty Antara Calon Pemimpin Skuad Harimau Malaya

Pemain tengah berpengaruh Harimau Malaya iaitu Syamer Kutty Abba antara disebut selaku calon kapten skuad kebangsaan untuk mengharungi aksi persahabatan menentang New Zealand tidak lama lagi.

Terdahulu, kem kebangsaan terpaksa melupakan hasrat mereka untuk melihat Dion Cools beraksi pada aksi persahabatan ini selepas beliau disahkan memiliki urusan bersama keluarga.

“Bagaimanapun, pasukan akan berlepas dengan hanya 26 pemain kerana kapten, Dion Cools terpaksa menarik diri daripada trip ini kerana urusan keluarga.

“Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan berharap Cools dapat kembali pada jendela antarabangsa FIFA seterusnya, November depan,” jelas petikan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut Pau Marti Vicente selaku pengendali Harimau Malaya, beliau yakin para pemain lain masih mempunyai keupayaan tersendiri untuk menggantikan Cools dalam kesebelasan utama.

Pada masa sama, dirinya juga menyakinkan Cools bakal kembali bersama skuad kebangsaan untuk kem latihan seterusnya pada masa akan datang.

“Sudah pasti semua pemain amat penting tapi saya percaya kami pasukan yang kuat. Jadi perkara paling penting adalah pasukan.

“Mana-mana pemain tiada, kami ada ramai pemain yang bagus yang boleh mengambil tanggungjawab dengan baik. Jadi saya amat yakin dengan semua pemain.

“Kami mempunyai ramai yang boleh jadi ketua. Matthew Davies antara salah satu kapten dan dia menjadi kapten dalam aksi sebelum ini.

“Kita juga ada Syamer Kutty Abba dan juga ramai pemain berpengalaman yang boleh memimpin pasukan. Seperti saya katakan, paling utama kerjasama,” katanya menerusi perkongsian Berita Harian.

Tonggak utama Penang ini bukan lagi nama yang asing buat para penyokong Malaysia, ekoran beliau sering dipanggil sebelum itu untuk memperkukuhkan aspek penguasaan tengah Harimau Malaya.

Selain itu, Davies juga dianggap sebagai calon terbaik selaku kapten Harimau Malaya ekoran pengalaman beliau sebelum ini selaku pemimpin pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Nama lain mungkin boleh dicadangkan ialah pemain Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Paulo Josue menerusi kualiti kepimpinannya bersama kelab sudah pun diakui ramai peminat bola sepak tempatan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN